SEMAKAN STATUS i-SINAR ONLINE

Semakan Status i-Sinar Online


Terkini, semakan status pengeluaran i-Sinar boleh dibuat di portal rasmi SEMAKAN STATUS bermula 4 Januari 2021.

Pembayaran dijangka dibuat pertengahan bulan ini.

Bagi permohonan yang tidak lulus kategori 1, anda boleh membuat permohonan kategori 2 bermula 11 Januari nanti.

KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas.

 Apa Itu i-Sinar? 

i-Sinar adalah kemudahan yang diberikan kepada ahli KWSP yang terjejas ketika krisis Covid-19 untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Ia merupakan sistem yang diperkenalkan KWSP untuk memudahkan ahli KWSP membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP

Berapa Amaun Pengeluaran?

Amaun pengeluaran i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 masing-masing. Terdapat dua jenis iaitu pertama bagi baki simpanan Akaun 1 berjumlah RM100,000 dan ke bawah, pengeluaran dibenarkan sehingga RM10,000 dan kedua, bagi baki simpanan Akaun 1 lebih dari RM100,000, dibenarkan mengeluarkan sehingga 10% daripada simpanan dengan maksimum amaun RM60,000


Secara Online (Akaun 1)

Berikut dinyatakan perincian lanjut mengenai cara permohonan i-Sinar Akaun 1 KWSP seperti yang diumumkan oleh KWSP serta maklumat lain yang berkaitan.

Kemaskini 2 Disember 2020: Berdasarkan pengumuman daripada KWSP, permohonan boleh dibuat mulai 21 Disember bagi Kategori 1 dan mulai 11 Januari bagi Kategori 2. Perincian lanjut boleh rujuk:

§ Kenyataan Media KWSP : Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020

Kemaskini 16 November 2020: Berdasarkan pengumuman daripada KWSP, pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000. Perincian penuh boleh rujuk:

§ Kenyataan Media KWSP : Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000

Kategori Individu Layak Memohon

Terdapat dua kategori individu yang layak memohon iaitu:

Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun dan:

§ Sudah lama tidak mencarum

§ Seorang suri rumah

§ Bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig (contoh seperti rider grabfood)

§ Hilang pekerjaan

§ Diberi cuti tanpa gaji

§ Hilang sumber pendapatan

Kategori 2

Ahli yang belum mencecah umur 55 tahun yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperi elaun, dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020

Kriteria Kelayakan Permohonan



Kategori 1

Tiada dokumen perlu disertakan apabila membuat permohonan dan kelulusan akan diberikan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP iaitu:

§ Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; (ahli yang tiada caruman) ataupun

§ Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020



Kategori 2

Permohonan bagi kategori 2 perlu disertakan dengan dokumen seperti berikut:

§ Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan

§ Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; dan/atau

§ Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan (jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan)


Tarikh Permohonan i-Sinar

Bagi mereka yang layak, tarikh permohonan dibahagikan mengikut kategori iaitu:

§ Kategori 1 : Mulai 21 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021 (Dibuka Selama 6 Bulan)

§ Kategori 2 : Mulai 11 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021 (Dibuka Selama 6 Bulan)


Cara Mohon i-Sinar

Untuk mereka yang layak, permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

1. Layari Portal i-Sinar : https://isinar.kwsp.gov.my/

2. Masukkan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit

3. Klik TERUSKAN

4. Masukkan Nombor OTP yang diterima menerusi SMS dan tekan SAHKAN OTP atau Jawab semua Soalan Keselamatan untuk pengesahan

5. Sila tetapkan Amaun Pilihan pengeluaran dengan menggerakkan tombol ke kiri (paling minimum) atau ke kanan (paling maksimum)

6. Seterusnya tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan klik TERUSKAN

7. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi

1 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama