JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI 2021

Kita sudah berada dalam pertengahan bulan Januari 2021. Awal tahun ini pastinya ramai yang ternanti-nanti pelbagai info  bayaran dan perlu buat semakan sana-sini. Tapi buat semakan secara online saja ya. Semakan BPN dan mungkin ada juga yang tertanya-tanya tentang Tarikh Gaji Bulan Tahun 2021.

Bagi korang yang ada membuat permohonan pengeluaran i-Lestari pada tahun lalu, pembayaran bulan Januari 2021 mungkin sedikit lambat. Apapun memang akan tetap dikreditkan ke dalam akaun anda. Sabar.

Cara Buat Semakan i-Lestari

  1. Tekan “Semak Status Permohonan”
  2. Kemudian masukkan No IC anda, No telefon & tekan Semak.
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan.

Cara Buat Permohonan Baru I-Lestari Online

  1. Sila baca dan fahamai INFO PENTING sebelum meneruskan permohonan.
  2. Sila ke laman rasmi i-Lestari di ilestari.kwsp.gov.my.
  3. Tekan Permohonan Baharu
  4. Isi Nama Penuh, No IC, No Telefon, Alamat Emel, Alamat dan Poskod.
  5. Pilih Jumlah Amaun Di Mohon Sebulan (RM)
  6. Pilih Bank dan Masukkan No Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Yang Aktif
  7. Tandakan pada Kotak Pengesahan Pengakuan Pemohon
  8. Baca Perakuan Pemohon dengan teliti & Tekan Setuju
  9. Tekan HANTAR.

Cara Buat Pengeluaran KWSP Online I-Lestari

1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)

2. Pilih Tab Pengeluaran

3. Klik e- Pengeluaran

4. Klik Permohonan Baru

5. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi


Maklumat Lanjut :

Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: ilestari@epf.gov.my

Soalan Lazim (FAQ) : Faq i-Lestari

Konsep & Prosedur Pengeluaran KWSP

1. Ahli dibenarkan keluar hanya RM500 dari Akaun 2 KWSP

  • KWSP akan luluskan tarikh permohonan pengeluaran. Bermula dari tarikh kelulusan hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu pada 31 Mac 2021.
  • Contoh a: Jika permohonan diluluskan pada April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 12 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.
  • Contoh b: Jika permohonan diluluskan pada bulan Oktober 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 8 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.

2. Kenapa Hanya RM500 sahaja Boleh Dikeluarkan Sebulan?

  • Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk mengurangkan beban ahli KWSP. Amaun RM500 sebulan adalah amaun yang berpatutan bagi memenuhi keperluan asas.

3. Maklumat Lanjut Mengenai Bayaran Pengeluaran i-Lestari

  • Bayaran tidak boleh dikreditkan ke dalam bank orang lain.
  • Ahli akan dapat notifikasi daripada SMS sekiranya bayaran telah dimasukkan.
  • Jika bayaran tidak diterima walaupun permohonan telah lulus, sila buat semakan semula status pembayaran di i-Akaun (Ahli) atau hubungi talian hotline KWSP.

Dibawah adalah jadual pembayaran i-lestari bulan Januari 2021. Jika pembayaran anda tidak masuk pada 4 Januari 2021, bermaksud pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

Jadual pembayaran i-lestari 2021

Post a Comment

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Lebih baharu Lebih lama