McDonald's Memperkenalkan Thai Green Curry Burger Untuk Masa Terhad! | McDonald's benar-benar boleh menjadi sangat kreatif dengan resipi mereka. Sebelumnya, di Twitter, francais makanan segera ini telah menggoda kita dengan kuiz bergambar sebagai tanda hint atau isyarat yang mereka bakal melepaskan item menu bertema Thai. Dan ternyata memang mereka berjaya sama seperti menu tema-tema yang lain! 


Thai Green Curry Burger kini sedang beraksi dan sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia yang sudah terbiasa dengan makanan dari negara Thailand, semestinya burger ini turut berjaya mendapat sambutan yang hangat.


Penambahan Burger Ayam Kari Hijau Thai baru, serta Burger Ikan Kari Hijau Thai, pasti akan mengingatkan kita pada kehidupan harian. Almaklumlah kita kan sudah terbiasa dengan makanan ala Thai yang sudah lama berjiran dengan negara kita ini. 


Maka dengan adanya burger yang enak dengan sos khas Thai begini, sudah tentu ramai yang teringin untuk mencubanya sendiri. Nak juga tahu apakah ianya benar-benar ada rasa Thai yang sedap sebagaimana menu makanan Thailand yang lain. 



Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, pilihan datang dalam dua variasi iaitu ikan (fish) dan juga ayam (chicken). Bagi pengemar burger berdaging bolehlah cuba ayam dan bagi penggemar makanan laut bolehlah cuba yang menu ikan. 


THAI GREEN CURRY CHICKEN BURGER 



Melihat pada roti yang agak garing dan lembut, di tambah pula dengan ayam goreng rangup berjus yang disajikan dengan campuran sayuran berwarna-warni begini, benar-benar mengiurkan. Makin menarik perhatian sudah tentulah pada Thai Green Curry khas dari McDonald’s ini.


THAI GREEN CURRY FISH BURGER 



Fillet ikan di atas sayur-sayuran campuran berwarna-warni dengan ledakan sos khas Thai aric-matic, memang sangat mengancam. Makin terliur bila lihat roti bujur panjang yang agak menarik perhatian. Ini kalau makan, boleh senyum sampai ke telinga. 



Inilah dia getaran tropika yang kita tunggu-tunggu. Pencuci mulut kegemaran dengan sentuhan tropika benar-benar kena dengan tekak selera kita. Sejujurnya, siapa yang akan membenci mangga kan? Sedap sangat tu. Hari yang panas bila dapat disejukkan tekak dengan Mango Sundae dan Mango McFlurry yang menyegarkan memang umph! Lagi-lagi jika dapat menikmati suapan Mango McFlurry yang sangat menyelerakan tu. 


McDonald’s nampaksanya sudah makin bijak dan tahu bagaimana untuk melokalkan resipi mereka sesuai dengan citarasa rakyat tempatan. Ini terbukti dengan kehairan Pulut Hitam Santan Pie yang baru! Gabungan pastri rangup yang sangat asyik ketika digigit ditambah pula dengan pengisian santan dan pulut hitam yang manis dan berkrim. Pencuci mulut berukuran poket ini ternyata sangat bagus dan sukar untuk dilepaskan begitu saja. 


Jika ingin menikmati menu McDonald’s ketika waktu sarapan pula, kita boleh nikmati pelbagai pilihan menu sarapan yang tidak kurang sedapnya seperti Crispy Chicken & Scrambled Egg Sandwich, Sausage & Scrambled Egg Sandwich atau Scrambled Egg Sandwich. Pasangkannya pula dengan Hashbrowns atau Iced Latte yang enak, wah ini memang padu! 



Berada di rumah? Malas nak keluar? Atau mungkin berada di tempat kerja dan ada banyak urusan kerja yang perlu disiapkan hingga tak sempat nak keluar makan tengahari di luar. Apa susah, boleh order menu-menu best di McDonald’s dengan bantuan Foodpanda yang sangat popular tu.


Melalui Foodpanda, tak kisah sama ada berada di rumah kediaman mahupun di tempat kerja, kita tetap boleh menikmati menu pilihan yang kena dengan citarasa masing-masing dengan adanya servis western food delivery dari Foodpanda ini. 



Harga caj penghantaran pun sangat berpatutan dan jika dihitung-hitung jauh lebih menjimatkan berbanding dengan kos minyak, tenaga, masa dan penat lelah jika perlu pergi sendiri. Lagi-lagi pada waktu puncak dengan keadaan jem yang agak panjang di atas jalan tu. 


Maka dengan adanya servis dari Foodpanda ini ternya ianya sangat-sangat bagus dan membantu. Nak makan menu western atau sebagainya sudah jauh lebih mudah berbanding dulu. 


Seronoknya duduk di Malaysia kerana ada banyak pilihan makanan seperti menu yang ada di McDonald’s ini dan nak makan pun mudah dengan adanya servis penghantaran makanan yang baik begini. 

2 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

  1. ok..kena buka food panda la lepas ni..Nampak sedap.

    BalasPadam
  2. Selalu nampak iklan burger nie tapi tak berani nak order sebab takut pedas😅sy dah la jenis x makan pedas sgt.. Yes, foodpanda memang memudahkan kita untuk makan², tak perlu susah² nak keluar rumah..😂

    BalasPadam

Catat Komen

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Lebih baharu Lebih lama