Resepi Sagu Gula Melaka Dan Tips Sagu Tak Melekat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam Ramadhan ke-10 hari ini. Apa juadah korang masa berbuka tadi? Mesti meriahkan. KG hari ini masak Buntut Ayam masak kicap, Ikan Goreng, Bihun goreng dan Roti Jala. Semua menu permintaan anak-anak.

Tapi KG bukan nak kongsikan resepi menu-menu juadah masa berbuka tadi.

Masa scroll facebook, KG ada jumpa satu resepi ni. Menarik dan sangat menyelerakan. Resepi Sagu Gula Melaka. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Aqilah Jufri (MAHN-Masak Apa Hari Ni).

Siap dibagi Tips agar Sagu Tak Melekat. Biasanya kalau KG masak sagu untuk bubur kacang, sagu dia mesti melekat antara satu sama lain. Heheh, lepas ni bolehlah gunakan tips yang dikongsi ni.

Sagu Gula Melaka ni memang sesuai dijadikan juadah untuk berbuka puasa. Pasti anak-anak suka benda manis ni kan. Tapi, tak bolehlah makan selalu benda manis. Kena jaga kesihatan juga ya.

Ok, selamat mencuba ya.


Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan -bahan :-

Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain 😁)
2 sudu gula Merah
1 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (tak ada pun tak apa)

Cara - cara sediakan Sagu Gula Melaka :-

  1. Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
  2. Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.
  3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam. >Biarkan masak seketika.
  4. Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.

TIPS SAGU AGAR TIDAK MELEKAT

  • Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
  • Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
  • Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
  • Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
  • Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
  • Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.

Resepi Sagu Gula Melaka Dan Tips Sagu Tak Melekat,TIPS SAGU AGAR TIDAK MELEKAT

6 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

  1. wahh, sedapnyaaa. makan pula sejuk2

    BalasPadam
  2. sago letak pulak jagung...ishh mmg menggiurkan

    BalasPadam
  3. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. huii...sedap ni..Teringin pulak nak buat

    BalasPadam
  5. sagu bila jagung paling besstttt!!!!

    BalasPadam
  6. sagu bila letak jagung paling best!!!

    BalasPadam

Catat Komen

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama