Pantau Gajet Anak-anak Guna Aplikasi Google Family Link

Assalamualaikum dan  salam sejahtera,

Korang pernah dengar berita seorang kanak-kanak yang baru sahaja berusia 12 tahun dilaporkan merogol kanak-kanak berusia 4 tahun kerana teransang dengan video lucah yang ditontonnya menerusi telefon bimbit, maka ia menjadi kebimbangan dikalangan ibu bapa.
Persoalan mulai timbul.
Bolehkah anak-anak ini diberikan gajet?
Adakah saya bersalah memberikan mereka gajet?
Bagaimanakah kami para ibu bapa boleh mengawal kandungan gajet anak-anak agar tidak terpesong dengan menonton bahan terlarang? 

Berdasarkan satu perkongsian viral dari ibu bernama Azmuhaini Aini di Facebook, beliau memberikan panduan bagaimana ibu bapa boleh mengawal gajet anak-anak menerusi jarak jauh dengan menggunakan aplikasi percuma Google Family Link.
KG cuba menggunakan aplikasi ini dan mendapati ianya merupakan aplikasi terbaik yang boleh digunakan ibu bapa bagi mengawal telefon pintar Android milik anak-anak. Setiap apa yang dimuat turun oleh anak pun akan mendapat notifikasi ke handphone kita.

Zaman sekarang gajet dan manusia seperti tidak dapat dipisahkan. Ketika ini semuanya kita boleh dapat dihujung jari sahaja. Begitu juga dengan anak-anak, mereka sudah bijak menggunakan gajet malah lebih mengetahui berbanding ibu dan bapa. Kita sebagai Ibu bapa pasti risau tentang apakah yang anak-anak lakukan dengan gajet mereka memandangkan pelbagai info semuanya sudah dapat dijumpai hanya dengan satu ‘klik’ sahaja. Kini kerisauan itu boleh ditangani dengan app Google Family Link.

Antara kelebihan apps ini yang di kongsi oleh seorang pengguna facebook ialah :

1- boleh tentukan berapa jam sehari guna gajet.
2- boleh tentukan paling awal pukul berapa ON gajet.
3- boleh tentukan sleep time.  Set pukul 11 malam semua gajet mati sendiri.
4- boleh off gajet mereka dari jauh. Senang nak panggil makan 😄
5- Google akan bagitau app apa yang anak kita install. Kita approve baru mereka boleh install
6- Boleh tengok statistik setiap aktiviti anak. App apa yang mereka paling banyak guna setiap hari.
7- boleh halang penggunaan camera jika mahu.
8- boleh tahu location (sekarang semua ada di rumah lah)
9- Jika gajet hilang, kita boleh play sound untuk tahu gajet tu di mana.

Untuk pengguna Iphone, mereka perlu menggunakan iOS9 dan ke atas bagi mendapatkan akses terhadap aplikasi Google Family Link namun beberapa kelebihan tidak dapat diakses sepenuhnya.

Misal kata, Google Family Link For Parents bagi version Iphone iOS9 dan ke atas boleh didownload tetapi Google Family Link For Teens And Children tidak boleh didownload jika anda menggunakan iOs10 dan kebawah.

Pantau Gajet Anak-anak Guna Aplikasi Google Family Link, cara muat turun aplikasi google family link

Kelebihan Aplikasi Family Link


👉 SET TIME LIMIT merujuk kepada penggunaan gajet tersebut dalam masa satu hari.
👉 Anda boleh mengawalselia beberapa aplikasi secara jarak jauh dengan melarang ianya diakses oleh anak-anak seperti website, Youtube dan sebagainya..
👉 SET BED TIME merujuk kepada masa mengunci gajet anak-anak. Jika anda menggunakan pilihan ini, anda boleh mengunci gajet anak-anak pada waktu tertentu dan membukanya pada waktu tertentu pula. Ia boleh ditetapkan untuk setiap hari.
👉 Anda juga boleh mengunci gajet anak-anak secara jarak jauh. Apabila dikunci, anak-anak hanya boleh memanggil kepada anda semata-mata.
👉 Anda juga boleh membunyikan nada dering telefon bimbit anak-anak jika ianya hilang, tersorok ataupun disembunyikan.
👉 Anda juga boleh memberikan akses kepada suami/isteri bagi bersama-sama memantau aktiviti online anak-anak.

👉 Anda boleh memantau lokasi anak-anak walau dimana sahaja mereka berada.

👉 Anak anda sama sekali tidak boleh membuang aplikasi tersebut dari telefon anda, walau apa sahaja kaedah digunakan termasuklah reset telefon kerana ia memerlukan email dan password dan akses code. 
Jadi ia sememangnya antara aplikasi terbaik untuk memantau aktiviti online anak-anak.
Proses untuk setup aplikasi ini juga amatlah mudah.
👉 Bagi telefon ibu/bapa, perlu install Google Family Link For Parents
👉 Bagi telefon anak-anak, perlu install Google Family Link For Teens, Children
👉 Anak-anak perlu ada akaun GMAIL, jika belum ada, maka anda akan dipandu untuk memulakan langkah-langkah mencipta akaun GMAIL baru. Akaun GMAIL baru ini boleh dikawal anda secara jarak jauh termasuklah memadamkan dan melupuskan ia dari telefon bimbit anak-anak
👉 Sekurang-kurang 10 minit diperlukan untuk anda selesai setupkan aplikasi ini sepenuhnya di telefon bimbit anda dan anak-anak, ia dimulakan dengan memasukkan akses code dan password
👉 Anda seterusnya akan dipandu untuk memenuhi langkah demi langkah bagi menggunakan aplikasi tersebut di kedua-dua telefon bimbit
Dalam era globalisasi ini, pelbagai cabaran-cabaran baru menimpa ke atas ibu dan bapa. Kadangkala niat kita memberikan gajet bukanlah kerana TIDAK MAHU DIGANGGU ketika membuat kerja, ataupun kerana mahu memewahkan anak-anak namun kita bersimpati dengan kehendak mereka yang mahu terlibat dalam arus kemodenan semasa, yang mahu merasa perkembangan teknologi terkini, tetapi kita sebagai ibu bapa juga mahu anak-anak kita menggunakan gajet dengan baik tanpa dicemari dengan unsur-unsur yang boleh merosakkan hati nurani mereka yang suci dan naif.
Oleh itu, jangan berikan mereka gajet tanpa kawalan.

Kawallah anak anda sekarang, samada SCREEN TIME ataupun FAMILY LINK atau apa-apa sahaja aplikasi PARENTAL CONTROL, kawallah anak-anak anda sebelum minda mereka dirosakkan dengan unsur tak senonoh. Kerana ketika itu, jika mereka sudah rosak, apa sahaja kawalan kita tetap tak boleh kembalikan jiwa mereka yang suci sebelum terjebak.


2 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

  1. bagusnya aplikasi google family link ni.
    anak kak pip no gajet, so maybe akan guna aps ni bila anak kak pip guna gajet (tapi still belum ada plan mau bagi ni budak2 smartphone).

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... SS datang dari blog Ninja Blogging... Oh, bagusnya perkongsian ni... zaman sekarang ni parent kena bijak kawal dan kreatif mendidik anak2. dunia makin mencabar.

    BalasPadam

Catat Komen

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama