Cara Bayar Zakat Fitrah Online, Aplikasi Telefon Bimbit dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri


SENARAI KADAR BAYARAN HARGA ZAKAT FITRAH TAHUN 2020 SELURUH NEGERI

Cara Bayar Zakat Fitrah Online, Aplikasi Telefon Bimbit dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri

Berikut ialah kadar bayaran harga zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2020 bersamaan 1441 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Nota: 
Terdapat negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat fitrah. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Sebagai contoh :-
Negeri Selangor
  • Jenis beras Super Tempatan Gred A : Kadar Zakat Fitrah RM7.00
  • Beras putih import/ beras perang/ beras pulut/ herba ponni/ beras wangi : RM14.00
  • Beras basmathi/ beras jepun/ beras merah : RM21.00
Negeri Perak
  • Beras Super Special Tempatan 5% : Kadar Zakat Fitrah RM7.00
  • Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
  • Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM21.00
Negeri Kedah
  • Beras Super Tempatan (10-15% hancur) : Kadar Zakat Fitrah RM5.00
  • Beras Super Spesial Tempatan 5% : RM7.00
  • Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
  • Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM21.00
Negeri Melaka
  • Beras Super Special Tempatan 5% : RM7.00
  • Beras Import seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan seumpamanya : RM14.00
Negeri Johor
  • Beras Super Tempatan : RM7.00
  • Selain daripada jenis Beras Super Tempatan seperti Beras Import (Beras Wangi, Beras Basmathi) dan seumpamanya : RM10.00
* Kadar zakat Fitrah adalah sumber dari Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Zakat dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MENGIKUT NEGERI

Berikut adalah panduan membayar zakat fitrah secara atas talian mengikut negeri masing-masing :
1) JOHOR
Urusan berkaitan pembayaran zakat fitrah di Negeri Johor HANYA dilaksanakan secara dalam talian melalui saluran-saluran berikut:

1. Johor Online Payment
2. Zakat Johor Online Payment http://www.epayment.maij.gov.my/
3. Fastpay https://fitrah.maij.gov.my/
4. Aplikasi Snap N Pay QRCODE
2) TERENGGANU
Pembayaran zakat fitrah online untuk Terengganu boleh dibuat melalui :-
1) Aplikasi Snap N Pay
2) FPX di Portal Rasmi MAIDAM
Aplikasi Snap N Pay boleh dimuat naik menerusi aplikasi ‘Google Play’ atau ‘App Store’.  Kemudian, pembayar hendaklah imbas QR Code yang diberikan seterusnya membuat bayaran. Kaedah pembayaran kepada amil juga disediakan oleh MAIDAM untuk umat Islam yang kurang mahir menggunakan internet serta kawasan didiami tidak mempunyai kemudahan internet
3) PERAK
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyarankan tiga kaedah utama yang boleh dilaksanakan untuk membayar zakat fitrah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perak

1) Atas talian/ Online: QR Code Maybank, aplikasi Snap N Pay, aplikasi GoPayZ, Financial Process eXchange (FPX) melalui Portal MAIPk

2) Bayaran melalui Amil: Tatacara kutipan zakat fitrah oleh Amil pula dengan kaunter Drive-thru, diwujudkan di masjid-masjid utama daerah dan juga masjid yang berada di tepi jalan besar. Ia akan beroperasi antara jam 9 pagi hingga 12 tengahari (Selasa dan Rabu serta Sabtu dan Ahad). Penjarakkan sosial juga akan dikawal selia dan tiada proses bersalaman dibenarkan. Kaedah bayaran secara langsung terus kepada Amil hanya akan dilaksanakan dalam dua keadaan sekiranya warga tua yang uzur dan tidak mempunyai kemahiran menggunakan kemudahan atas talian serta masyarakat pendalaman dan perkampungan.

3) Bayaran terus pada Tabung Khas Fitrah: Tabung Khas Fitrah akan diwujudkan di masjid, hospital dan pejabat polis terpilih bagi memudahkan masyarakat dan petugas barisan hadapan menunaikan zakat fitrah. Pembayar hanya perlu memasukkan jumlah fitrah, maklumat pembayar dan nombor telefon ke dalam sampul, seterusnya memasukkannya ke dalam tabung berkenaan.Kupon Fitrah akan diberi kepada pembayar setelah tamah tempoh PKP
4) PULAU PINANG
Umat Islam khasnya di Negeri Pulau Pinang boleh membuat bayaran Zakat menggunakan pembayaran secara atas talian (online) samada dengan menggunakan :

Aplikasi ‘Snap N Pay’
‘Jom Pay
QR Code
Aplikasi GoPayZ
FPX
Kaedah pembayaran zakat fitrah online untuk negeri Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya, Sarawak, Sabah dan Kelantan.
5) KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
Cara Bayar Zakat Fitrah online di KL & Putrajaya boleh ditunaikan bermula pada 1 Ramadan 1441H di pautan :-

PPZ MAIWP
Laman sesawang Ejen-ejen Bank (14 buah bank)
PayHalal
Portal MyEG
U-Mobile
Pos Online
6) SABAH
Umat Islam di Sabah boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah melalui wakil-wakil amil yang bertauliah atau membayar secara dalam talian melalui saluran Perbankan Internet ( online banking ) dan Gerbang Pembayaran Atas Talian (online payment gateway ) seperti :

Snap N Pay, MYeG dan Boost kepada Majlis Ugama Islam Sabah.

*Kaedah pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa
7) SARAWAK
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) masih meneruskan kaedah tradisional pembayaran menerusi amil yang dilantik. Namun TBS juga menyediakan kaedah alternatif untuk memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah pada Ramadan 1441H. Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat menerusi :

Portal pelanggan TBS iaitu Baitulmal Kamek
MyEG,
Maybank2U
Snap N Pay
Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
8) KELANTAN
MAIK mengalu-alukan umat Islam di Kelantan untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian dengan merujuk kepada :

Portal MAIK
Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
QR Code
Apliksi MyMaik
eZakat Payment
SMSPembayaran kepada amil fitrah yang dilantik juga ada disediakan
Kaedah pembayaran zakat fitrah online untuk negeri Kedah, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah seperti berikut :-
9) KEDAH
Pembayaran zakat untuk umat Islam di Kedah pada tahun 2020 digalakkan untuk dilaksanakan secara atas talian berikutan keadaan semasa. Antaranya adalah menerusi platform atas talian (online) di

Laman sesawang ‘Jom Zakat’Asnaf Care
Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) yang boleh diakses melalui telefon pintar

Untuk golongan yang tidak mempunyai akses kepada kaedah atas talian, seramai 3,700 amil lantikan bersedia menjalankan tugas masing-masing untuk menyempurnakan kutipan zakat. LZNK akan mengeluarkan garis panduan kepada mereka mengenai kaedah kutipan terbaik dan perkara itu akan diuar-uarkan kepada orang ramai kemudian
10) SELANGOR
Umat Islam di Selangor boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:-

i. EZakatPay
ii. Perbankan internet di sembilan bank iaitu Public Bank, Hong Leong Bank, Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, RHB, Bank Islam dan Alliance Bank
iii. Portal MyEg
iv. Pos Online
v. Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost

Di samping itu Lembaga Zakat Selangor LZS turut meletakkan QR Code di lokasi terpilih untuk memudahkan masyarakat mengakses terus ke platform pembayaran atas talian EzakatPay.
11) MELAKA
Pembayarn zakat fitrah di Negeri Melaka boleh dibuat kepada amil fitrah yang dilantik ataupun Bayar Zakat Fitrah secara online di pautan :

iZAKAT
QRPay Bank Muamalat
12) NEGERI SEMBILAN
Umat Islam di Negeri Sembilan boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:

i. Portal Pembayaran Zakat Negeri Sembilan
ii. Aplikasi ZakatN9
iii. Aplikasi SnapNPay
iv. JomPAY

Untuk pembayaran kepada amil fitrah yang dilantik, keperluan hanya diberikan kepada pegawai PBMaINS mengikut keputusan pihak pengurusan
Kaedah pembayaran zakat fitrah online untuk negeri Pahang dan Perlis dalah seperti berikut :-
13) PAHANG
Pembayaran zakat fitrah online untuk umat Islam di Pahang boleh dibuat menerusi platform atas talian (online) FPX di

eZakat MUIP
14) PERLIS
Umat Islam di Perlis boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:

i. Aplikasi SnapNPay

Pembayaran zakat kepada Amil Fitrah yang dilantik juga disediakan
sumber : FB Kisah Zakat Malaysia

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

  1. Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  2. Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
  3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
  4. Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  5. Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

LAFAZ AKAD ZAKAT FITRAH

1. Lafaz untuk diri sendiri:
  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
3. Lafaz bagi pihak:
  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

SYARAT- SYARAT WAJIB MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

  1. Islam dan merdeka
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadhan.
Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

3 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

  1. Pahang rm7... Byr online je la tahun ni.. gut info..

    BalasPadam
  2. Terima kasih perkongsian kak.

    BalasPadam
  3. wahh, tak perlu keluar rumah dah nak bayar zakat sekarang. boleh buat online

    BalasPadam

Catat Komen

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Lebih baharu Lebih lama