Siapa Mak Cik Kiah dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat?

Hari ini Perdana Menteri kita telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, yang mana intipatinya banyak memberi manfaat kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, tetiba nama Makcik Kiah naik. Eh, siapa Makcik Kiah tu? Makcik Kiah dari mana? Makcik Kiah jual apa? Bla..bla..bla.. Tak pasal-pasal naik nama makcik Kiah. hahaha

Sebenarnya nama Makcik Kiah dipetik dalam teks pengumuman PM kita tadi,

"...Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat. Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500 dan bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM3400. Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120. 13 Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200. Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600. Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464. Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat."

Apapun, kita harus berterima kasih kepada Perdana Menteri yang lebih mempedulikan kebajikan rakyatnya. Semoga negara kita akan dapat melalui waktu sukar ini bersama-sama. 

Seperti kata lagu Dato Siti Nurhaliza #Samasamasehati perangi #covid19. Akhir sekali, jom sama-sama kita patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga ke 14 April 2020. #StayAtHome.

Siapa Mak Cik Kiah dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat?

Post a Comment

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Lebih baharu Lebih lama