Resepi Kuih Bom Tapi Tidak Meletup


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini sudah hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Nampaknya ada 16 hari lagi kita akan lalui PKP ni. Jangan gusar atau bosan, mari kita kita buat sesuatu aktiviti yang menghilangkan rasa bosan contohnya mencuba resepi baru. Resepi kuih Bom memang sudah lama, dan semua orang pun tahu rasanya. Tapi kuih bom kamu tu meletup ka tidak semasa di goreng? ok la...nanti KG kongsikan resepinya

Macam KG ni, blog sudah penuh sarang labah-labah masa PKP ni lah KG buka sawang di blog. Hahaha. Sambil-sambil tu KG apdet la blog ni dengan  berkongsi Resepi Kuih Bom. Jangan tidak tahu, kuih bom KG ni kalau digoreng dijamin tidak akan meletup sana-sini. Tak perlu perisai masa mengoreng.


RESEPI KUIH BOM VERSI KAK GOJES


Bahan-bahan

Ubi manis/ubi keledek (direbus)
Sedikit garam
Sedikit gula
Bijan secukupnya
Pewarna (boleh pelbagaikan warna, ikut sukahati korang)
Tepung Pulut 4 cawan
Tepung beras 1 cawan
3 sudu makan tepung gandum
Air suam

Inti

Kacang tanah (digoreng dan dikisar)
Gula
(boleh juga guna gula merah,gula melaka atau kelapa parut)

Cara-cara

1. Ubi kena rebus.
2. Satukan tepung-tepung bersama ubi yang telah direbus. Ramas-ramas la ubi rebus tu bersama tepung-tepung tadi. Gaul sebati gina jari-jemari yang dicuci dulu ya tangannya.
3. Tabur gula dan garam. Gaul sebati lagi.
4. Masukkan air dan uli sehingga tepung boleh dibulat-bulatkan.
5. Jika hendak pelbagaikan warnanya, korang boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna kesukaan.
6. Bulat-bulat. Kalau mahu sama rata besarnya, sila timbang. Kalau malas..hahah bolehlah main agak saja saiznya. Lagipun untuk makan sendiri jugak.
7. Lepas bulat-bulatkan semua, bolehlah isi inti. Kemudian golekkan bijan pada tepung yang sudah diletak inti.
8. Panaskan minyak dikuali dengan api yang penuh kasih sayang(sederhana). Jangan pula api kuat, nanti kuih bom korang mengamuk then dia bom korang. Sudah meletup-letup nanti dalamnya tidak masak pula. Jadi biarlah guna api sederhana.
9. Gorenglah dengan kasih sayang Kuih Bom anda yang telah siap diisi inti dan digolekkan dengan bijan.

Untuk tahu Kuih Bom masak, kadang kuih ni merekah kadang tidak. Tapi mcm KG, bila kuih sudah kelihatan kekuningan  maka bolehlah diangkat dan letak atas pinggan.

Kemudian hidang. Makan.

Okey. tu jer. Rahsianya tidak meletup..."JANGAN GUNA API YANG KUAT" . Tapi kalau mahu cepat juga...dan pasang api api kuat, itu korang punya salah senditi tau kalau kuih bom ni meletup-letup.
Tepung bersama ubi yang direbus


Tepung yang sudah siap diuli dan dibahagi kepada beberapa bahagian


Disebabkan pewarna yang KG ada tinggal tu saja...maka hanya ada 7 bahagian la


Proses membulat-bulatkan tepung sambil isi inti. Korang kena sabar..hahah


Proses seterusnya, golekkan bijan pada tepung yang sudah diisi inti


Selesai digoreng dengan jayanya


Resepi Kuih Bom Tapi Tidak Meletup
Tadaaa.... untuk dihidang atau berkongsi dengan jiran sebelah rumah.

Apalagi? Cubalah buat Kuih Bom ni. Bukan masa Perintah Kawalan Pergerakan ni saja sesuai dimasak kuih ni, bila-bila masa pun sesuai. Asalkan korang rajin. Kalau malas memang la tidak ke mana kuih bom ni. Okey, selamat mencuba.


1 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama