Unik Dan Comel!! Homestay  Cendawan Super Mario


Semporna Mushroom Homestay

Unik dan comel. Itu luahan KG dan rombongan cik kiah kak gojes bila nampak dan tahu tentang kewujudan Homestay Mushroom ni. Lebih-lebih lagi ianya berada di negeri KG ...Sabah. Tumpang rasa bangga sikit sebab ada lagi tarikan baru dinegeri sendiri.

Sempena trip percutian di Semporna ni, KG dan rombongan (cewahhh...ada rombongan sekarang tau) gigih 'mencari' tempat-tempat unik dan menarik yang boleh diterjah (dilawati). Alahhh... bukan selalu pun berjalan ni, biarpun anak jati negeri Sabah Tanah Airku. 

Berbekalkan gambar yang diviralkan di facebook, kemudian kita orang google then cari dengan waze Cendawan Besar yang berada di Semporna ni maka sampai dengan jayanya juga pada petang 14.02.2020(Jumaat). Walaubagaimanapun, setibanya depan pintu pagar, pagarnya berkunci dan kelibat orangnya pun tiada. Kita orang buat spekulasi kononnya setiap hari Jumaat kebanyakan tempat menarik di Semporna ni tutup(hormat Jumaat sebab ada solat Jumaat agaknya). Sebabnya, lokasi sebelum ke Mushroom Homestay ni memula di 2win Hill Park( ini nanti next entri ya gaiss) pun tutup (ikut dalam signboard depan gate).

Maka, misinya diteruskan pada 16.02.2020(Ahad). Dengan cuacanya yang mendung, manager (Diva BB) berjumpa dengan staff Semporna Mushroom Homestay untuk minta kebenaran masuk untuk ambik gambar di dalam. Pemilik homestay ni belum pandai cakap melayu sabah dan berbahasa inggeris, menurut staffnya. Sebenarnya Diva BB okey jer kalau direct conversation dengan owner tapi kalau memang tidak tahu berbahasa inggeris, apalagi bahasa melayu, biarkan saja staffnya yang bercakap. 

Tempat ni memang sudah viral difacebook, tapi tidak dinyatakan lokasi sebenar(hanya dinyatakan di Semporna saja). 

Sesiapa yang mencari lokasi Semporna Mushroom Homestay ni, ianya terletak di Taman Sutera, Semporna. Kalau korang masuk area ni memang kawasan taman perumahan, Cendawan-cendawan ni berada dihujung taman perumahan ni. Berada disebalik rumput-rumput lalang yang panjang. 

Oh ya, staffnya bercakap guna handphone yang boleh translated direct dengan ownernya. Pemilik homestay ni orang Chinesse. Patutlah belum tau berbahasa melayu dan inggeris.

Rombongan KG yang seramai 7 orang akhirnya dapat masuk dengan bayaran RM2/orang. Okey juga la bayaran tu sebab untuk ambik gambar saja kan, bukannya menginap.

Berada  di Semporna Mushroom Homestay tu memang rasa suasana macam dalam games Super Mario tu. Sebab Cendawannya sebijik macam cendawan dalam game tu. Rasanya owner homestay ni peminat game super mario sehingga menjadi inspirasinya membuka homestay yang comel, unik dan menarik berbentuk cendawan. Disekitar homestay juga terdapat lukisan Super Mario didinding bangunan. (korang boleh lihat di gambar-gambar)

Selesai bergambar, sebenarnya cuaca yang tidak mengizinkan(hujan la pulak) kita orang bergegas balik. Hujan yang mencemburui misi kami.











Semporna Mushroom Homestay Roomrate




(Low season)

1)Mushroom Suite Rooms

= Rm350per rooms



2)VIP Deluxe Twin

= Rm280per rooms

3)VIP Deluxe Triple Room 
=Rm300per rooms

4)Deluxe Triple Room
= Rm250per rooms

5)Deluxe Room 
=Rm200per rooms

6)Standard Twin Room       (without window)
=Rm200 per rooms

All room have own bathroom and no sharing with others






























2 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

  1. Ya ampun comel giler..
    boleh masuk dalam list iena ni
    Insya Allah next year nak ke sana :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama