Cabar Diri Dengan Virtual Run 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

VIRTUAL RUN atau larian maya. Apa itu Virtual Run atau Larian Maya?


Virtual run (larian maya) adalah acara lain yang boleh dilakukan oleh peserta di mana-mana lokasi pilihan. Ini bermaksud peserta tidak perlu hadir ke lokasi penganjur. Peserta bebas memilih mana-mana lokasi sama ada perkarangan taman sendiri, kawasan kerja atau taman rekreasi berdekatan untuk acara ini. Peserta juga boleh melakukan acara ini dengan berjalan, menggunakan treadmill, melakukan larian di tempat awam atau menyertai pertandingan marathon lain semasa acara ini dijalankan. Peserta kini boleh berlari mengikut rentak larian sendiridi mana sahaja di dunia ini.


Virtual run adalah cara yang menarik untuk kekal sihat dan aktif sepanjang tahun, mendapatkan motivasi ketika melakukan larian dan menerima penghargaan melalui pingat dengan design tersendiri yang sangat kreatif untuk penyertaan anda! 

Untuk tahun 2020 ni KG mencabar diri untuk sertai Virtual Run. Sudah daftar dengan jayanya 3 Virtual Run untuk awal tahun 2020 ni. Sebab utama menyertai VR ni untuk kurangkan berat badan sebenarnya..ngeheheh. Tapi memandangkan ada tarikan lain pada VR yang akan berlangsung ni seperti T-shirt yang cantik dan menarik serta medal yang comel, maka itu pun menjadi sebab juga kenapa KG menjoinkan diri.

Ada 3 Virtual Run yang bakal dan perlu KG habiskan awal tahun  2020.Larian yang Pertama Doodle Run, Kedua Man Of Steel VR dan terakhir Snowman Race( actually event ni start pada 25.12.2019-25.01.2020). 

Untuk VR Snowman Race KG sudah habiskan larian 5km pada 28.12.2019. Hehe..semangat tu bukan main.

Apapun,Korang boleh la cuci mata tengok design medal dan T-Shirt tersebut. Ini baru yang Virtual Run.

Selain VR, KG sudah daftar beberapa larian melalui aplikasi JomRun. Antara larian yang bakal saya sertai CNY KK 2020, Kota Kinabalu Nasi Lemak Fun Run 5Km dan Mermaid Run Ranau.













Post a Comment

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Lebih baharu Lebih lama