Pengiraan 'Like' Pada Instagram Akan DiSembunyikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapa ada akaun Instagram? Pastinya rata-rata dikalangan rakyat Malaysia memiliki akaun Instagram. Malah ada yang baru berusia seminggu pun sudah ada akaun Instagram (sebabnya orang tua dorang buat akaun tu). 

Kalau kita tengok senarionya sekarang, artis kalau ada anak seakan satu KEWAJIPAN buka akaun instagram untuk anak mereka yang baru lahir. KG tengok follower akaun baby yang baru lahir tu pun bukan main ramai. (Almaklumlah...anak artis pujaan mereka).

Tak kurang juga yang bukan selebriti, Instafamous, peniaga-peniaga, founder-founder produk dan ramai lagi ada juga yang buka akaun instagram untuk anak mereka.

Aku ni yang bukan siapa-siapa...mahu buka akaun instagram anak-anak aku? Ada ker yang nak follow? Sedangkan akaun instagram sendiri pun, baru berapa ketul follower. Ahaksss.

Sekian kisah follower Instagram. Sekarang kita cerita tentang LIKE di instagram.

Kalau kau artis, selebriti, instafamous, founder, peniaga...jumlah 'LIKE' dorang bukan kaleng-kaleng ooo. Blogger sendu macam aku ni pun mampu kata 'wow' saja pada jumlah LIKE mereka. Ngeheheh..ntah bila nak jadi popular?

Nasib baiklah, di Malaysia tidak disembunyikan jumlah pengiraan 'LIKE' seperti di Amerika Syarikat. (Tapi mana tau tidak lama lagi akan dikuatkuasakan) Ha..ko rasa? Apapun kita tunggu saja la...Ha, jom baca info pasal pengiraan 'Like' ni.

Pengiraan 'Like' Pada Instagram Akan Disembunyikan, Ujian Dimulakan Di AS Minggu Hadapan

Pada ketika ini Instagram merupakan aplikasi media sosial paling popular di dunia, khususnya bagi golongan anak muda. Pengguna yang memiliki pengikut yang ramai turut menjadikan platfom ini sebagai sumber pendapatan mereka. Selain memuat naik gambar yang menarik, pengguna juga mensasarkan ‘Like’ yang banyak. Walaubagaimanapun, tidak lama lagi pengiraan ‘Like’ akan disembunyikan dari tatapan pengikut dan hanya boleh dilihat oleh pemilik akaun sahaja.

Menurut CEO Instagram, Adam Mosseri, ujian dengan menutup pengiraan ‘Like’ akan dilakukan kepada pengguna di Amerika Syarikat, malah akan diperluaskan ke negara seperti Australia, Brazil, Jepun, Kanada, dan New Zealand tidak lama lagi.

Bermula minggu hadapan, hanya pengguna sahaja boleh melihat berapa banyak ‘Like’ yang mereka terima. Hal ini kerana pihak Instagram mahu pengguna memfokuskan kepada kandungan yang dimuat naik sahaja dan bukan kepada pengiraan ‘Like’.

Jika perubahan ini kekal, kami percaya pengguna tidak lagi akan tertekan sekiranya ‘Like’ yang diterima kurang ataupun sedikit. Namun, begitu, perubahan ini mungkin mengecewakan buat mereka yang bergelar Instafamous.
like akan disembunyikan, cara menambah like di Instagram,instafamous, instalikes
sumber : FB satugadget

2 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Catat Komen

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama