Jollibee merancang untuk membuka lebih 100 buah cawangan di Malaysia
Kota Kinabalu, Malaysia, 20 Februari 2019 – Bagi memenuhi permintaan para peminat di Malaysia,
Jollibee Foods Corporation (JFC) – syarikat pengendali restoran Asia yang
terbesar dan paling cepat* berkembang di dunia – mengumumkan bahawa mereka
akan membuka lebih 100 cawangan Jollibee yang baharu di Malaysia dalam tempoh
10 tahun yang akan datang.
Sebelum melalui perkembangan yang pesat, JFC hanya
bermula dengan dua buah kedai aiskrim di Filipina dan kini telah berkembang
kepada 14 jenama di 21 buah negara dengan lebih 4,500 buah cawangan di seluruh
dunia. Lebih 1,300 buah cawangan tersebut adalah restoran Jollibee.
Jollibee telah menerima sambutan yang amat menggalakkan
daripada para pelanggan apabila cawangan yang pertama dibuka di Centre Point
Sabah, Kota Kinabalu pada Disember tahun lepas. Pada hari pembukaan itu, para
pelanggan sanggup beratur panjang dan menunggu berjam-jam semata-mata mahu
menikmati Chickenjoy daripada Jollibee, yang hidangan ayam yang enak ini telah
mendapat sambutan di peringkat antarabangsa termasuk mendiang chef selebriti
yang terkenal, Anthony Bourdain. Barisan yang panjang ini sebenarnya telah
berterusan selama seminggu selepas pelancaran.
Encik Tony Tan Caktiong, Pengerusi dan Pengasas JFC,
semasa pembukaan rasmi hari ini berkata: “Kami sangat gembira dengan sambutan
yang diterima daripada para pelanggan sempena pembukaan cawangan pertama kami
di Malaysia. Perkembangan ini memberi semangat kepada kami untuk memperkenalkan
menu yang enak dan perkhidmatan kami yang mesra kepada lebih ramai warga
Malaysia”.
Jollibee telah berjaya menakluki pelbagai pasaran dan
juga selera. Ini dapat dilihat daripada sambutan yang diterima oleh jenama ini
di banyak negara. Di negara asal iaitu Filipina, jenama ini adalah lebih besar
daripada gabungan dua pesaingnya yang terdekat. Restoran makanan segera yang
paling cepat berkembang ini sudah pun memiliki 100 buah cawangan di Vietnam.
Jollibee juga merupakan restoran makanan segera nombor satu di Brunei. Di Hong Kong
dan Singapura, separuh daripada pelanggan adalah terdiri daripada warga
tempatan.
“Rancangan pengembangan perniagaan kami bukan sahaja akan
mengukuhkan lagi kedudukan Jollibee, malah akan turut menyumbang kepada ekonomi
dan peluang pekerjaan tempatan. Buat masa ini kami ada seramai 45 orang
kakitangan di cawangan Centre Point Sabah. Kami menjangkakan akan mengambil
secara purata 30 orang kakitangan tempatan bagi setiap cawangan Jollibee yang
baharu, bergantung pada saiz restoran,” tambah Dennis Flores, Presiden dan
Ketua Perniagaan Antarabangsa JFC - EMEAA.
Bagi berkongsi kegembiraan pembukaan restoran di Malaysia,
Jollibee turut berbesar hati dengan sumbangan derma kepada rumah amal Caring for the Future Malaysia untuk
menyokong kanak-kanak di bawah penjagaan badan amal ini. Jollibee sebelum ini
telah menjemput kanak-kanak dari rumah amal ini ke restorannya di Centre Point
Sabah untuk menikmati hidangan makanan dan menyertai pelbagai aktiviti yang
menghiburkan mereka.
“Kami di Jollibee berpegang pada falsafah untuk memberi
balik sumbangan kepada komuniti yang menyokong kami. Kami sentiasa komited
untuk membawa kegembiraan dan sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga yang
kurang bernasib baik di mana sahaja restoran kami beroperasi,” tambah Flores.
*Terbesar daripada segi modal pasaran,
paling pesat berkembang daripada segi rangkaian cawangan
###
(Left
– right) Jollibee inaugurates
its milestone store in Malaysia. In photo are (L-R): Shahzul Zulkefli (Jollibee
Malaysia Restaurant Manager), Dennis Flores (JFC President and Head of
International Business-EMEAA), Patrick Chong (Golden Beeworks Sdn Bhd Director),
YB Assafal P. Alian (Assistant Minister from the Ministry of Sabah Tourism), Tony
Tan Caktiong (Founder and Chairman of JFC), H.E. Charles Jose (Philippine
Ambassador to Malaysia), Jennie Chua (Shareholder of Golden Beeworks Sdn Bhd), Col.
Jamal Salleh, (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd), Mr. Kenny Chan (Deputy
Chief Director, Finance Department of DBKK), and Richard Wong (Director of
Golden Beeworks Sdn Bhd) during the ribbon cutting ceremony.
Jollibee celebrates the inauguration of its
milestone Malaysia store with an iconic Chickenjoy Toast.
In
photo from left – right:
(Front
row) Patrick Chong (Director of Golden
Beeworks Sdn Bhd), Jennie Chua (Shareholder of Golden Beeworks Sdn Bhd), YB
Assafal P. Alian (Assistant Minister from the Ministry of Sabah Tourism), Tony
Tan Caktiong (Founder and Chairman of JFC), H. E. Charles Jose (Philippine
Ambassador to Malaysia), and Col. Jamal Salleh, (Director of Golden Beeworks
Sdn Bhd).
(Back
row) Mr. Joseph Abuan (a friend of JFC),
Dennis Flores (President and Head of International Business, JFC EMEAA),
Shahzul Zulkefli (Restaurant Manager), Mr. Kenny Chan, Deputy Chief Director
(Finance Department of DBKK), Mr. Edward Arandia (Vice President and Head for
Jollibee International Marketing – EMEAA), Mr. Rodel Alcantara (AVP and Head
for International Business of Brunei, Singapore, Malaysia and Europe), Mr.
Mitsuhiko Abe (President, Caring for Future Malaysia), Ms. Pauline Lao (Head of
Media and Corporate Communications, JFC), Ms. Rosa Katrina Banzon (Commercial
Attaché, Philippine Trade and Investment Center, Kuala Lumpur), and Mr. Richard
Wong (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd)
Jollibee Foods Corporation merupakan
syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling cepat berkembang di dunia.
Ia beroperasi di 21 buah negara, dengan
lebih daripada 4,500 kedai di seluruh dunia dengan cawangan di Filipina,
Amerika Syarikat, Kanada, China, United Kingdom, Itali, Vietnam, Brunei,
Singapura, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain,
Indonesia, Costa Rica, Mesir, El Salvador, Panama and kini di Malaysia.
Syarikat ini mempunyai 8 jenama yang di milik penuh (Jollibee, Chowking,
Greenwich, Red Ribbon, Mang Inasal, Yonghe King, Hong Zhuang Yuan dan
Smashburger), 2 jenama francais (Burger King di Filipina dan Dunkin 'Donuts di
wilayah-wilayah tertentu di China), dan pemilikan 60% dalam SuperFoods Group
yang memiliki jenama Highland Coffee dan PHO24.
JFC mempunyai pelaburan dalam Titan
Dining LP, entiti induk muktamad bagi Tim Ho Wan Pte. Ltd (Franchisee Induk Tim
Ho Wan di rantau Asia Pasifik tidak termasuk Hong Kong); dan usaha sama
perniagaan dengan Chef Rick Bayless yang pernah memenangi pelbagai anugerah,
untuk membina perniagaan restoran kasual segera Mexico di Amerika Syarikat. JFC
baru-baru ini telah menandatangani perjanjian usaha sama untuk membuka Panda
Express di Filipina.
Jollibee Foods Corporation
telah dinamakan sebagai syarikat Filipina yang paling dikagumi oleh Asian Wall
Street Journal selama lapan tahun berturut-turut dan diberi penghormatan
sebagai salah satu daripada '200 Syarikat Terbaik Di Bawah Satu Billion di
Asia' dan salah satu daripada 'Fab 50 Companies Asia' oleh Majalah Forbes Asia.
Jollibee Foods Corporation telah
mengembangkan jenama yang memberikan pengalaman menikmati hidangan yang
menyenangkan kepada para pelanggannya di seluruh dunia, sejajar dengan misi
untuk memberi makanan yang hebat dan menyebarkan kegembiraan makan kepada semua
orang.
Tentang Jollibee
Jollibee adalah jenama utama Jollibee
Foods Corporation. Terkenal dengan hidangan ayam goreng Chickenjoy, Jolly
Spaghetti dan Yumburger, Jollibee adalah peneraju utama pasaran di Filipina,
dengan rangkaian cawangan yang lebih besar berbanding gabungan dua pesaingnya.
Jollibee merupakan QSR yang paling cepat berkembang di Vietnam dengan lebih
dari 100 buah cawangan, dan QSR nombor satu di Brunei. Jenama ini juga telah
menyaksikan kejayaan dalam memenuhi pasaran utama di Singapura dan Hong Kong di
mana kira-kira separuh daripada pelanggannya terdiri daripada warga tempatan.
Jenama telah memulakan pelan pengembangan antarabangsa secara pantas.
Jollibee mempunyai lebih daripada 200
buah cawangan antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United
Kingdom, Itali, Vietnam, Singapura, Brunei, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu,
Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain, Malaysia, dan wilayah khas Hong Kong dan Macau.
Chickenjoy Jollibee telah dinamakan
sebagai antara ayam goreng yang paling lazat oleh penerbitan yang dipercayai
seperti South China Morning Post dan Foodbeast. Ia juga telah dinamakan sebagai
antara rangkaian makanan segera antarabangsa yang teratas oleh Thrillist dan
The Daily Meal.
Untuk pertanyaan media,
sila hubungi:
Zulfadli Yusmar (zulfadli@bridgespr.com.my) atau Aiden Pang (aiden@bridgespr.com.my) di 03 – 79821750/51.
yum yum , sedap nyaaaa...
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...