PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DI TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila last
korang bawak family korang berjalan masa weekend? berjalan yang bukan pergi ke
shopping mall jer.
Tapi berjalan-jalan macam tengok zoo, enjoy the moment
dengan orang tersayang atau kawan-kawan.
Dalam dunia yang serba moden ni, kalau
korang bekerja, takde time nak berehat kan, even kadang-kadang kerja sampai
malam. Memang TAK BEST. Kadang boleh STRESS.
Untuk yang student lak korang betul-betul takde masa sangat nak enjoy
kecuali time cuti semester kan.
Actually banyak je things to do in Malaysia ni, especially kat Klang Valley. Sebab ada banyak gak
tempat-tempat yang menarik korang boleh pergi. Salah satunya adalah Sunway
Lagoon kat Bandar Sunway.
Theme park ni
dah lama bertapak kat lembah klang, lebih 10 tahun jugak rasanya. Theme park
yang berkonsepkan wet and wild ni sesuai untuk korang tak kira umur.
KG memang sarankan sebabnya sesuai untuk korang bawak family terutamanya anak-anak.
Tak kisah
korang nak pergi masa hujung minggu atau cuti sekolah. Tapi kalau pergi masa New Year
sebab biasanya diorang akan buat event di situ dan pastinya ramai pengunjung.
Tempat tu sebenarnya tumpuan
orang ramai. Seluruh orang Selangor tahu akan kewujudan Sunway Lagoon ni jadi korang bayangkanlah betapa ramainya. Selain tu juga di situ ada banyak aktiviti-aktiviti
yang korang boleh join.
Salah satunya
ialah extreme park. Dekat sini ada aktiviti untuk peminat-peminat extreme sports
kat luar sana. Ada ATV dan jalan yang mencabar untuk korang cuba.
Ada jugak go
kart untuk the whole family racing. Hahaha. Baru leh tau sapekah juara yang
sebenarnya kan.
Korang juga boleh cuba G-Force X untuk yang nak lagi adventure sebab
game ni adalah slingshot yang paling tinggi di Asia dimana korang leh rasa
camne kelajuan dari 0 ke 120 km/h dalam 2 saat.
Fuhhh. Risau jantung tertinggal
kat belakang je tapi rugi kalau tak cuba.
Kalau korang minat yang tinggi-tinggi pulak korang boleh try bungee jumping. Haa lagi satu kemungkinan akan buat jantung
terkeluar sebab tertinggal kat tempat nak terjun tu. hahaha.
Bagi korang yang tak suka atau tak nak benda-benda extreme yang ada kat
Sunway Lagoon ni. Theme park ni juga kan ada wet world.
Jadi korang boleh mandi
dan naik gelongsor-gelongsor yang best belaka. Ada juga pantai buatan manusia
yang korang boleh chill-chill tapi kalau nak mencabar sikit korang boleh mencuba surf kat situ juga dengan ombak buatan manusia.
Yang paling syok ialah Vuvuzela
dia. Apa yang pasti, kalau korang dah sampai di sini, WAJIB try Vuvuzela tu.
Apa dia vuvuzela tu?
Ianya adalah gelongsor yang tinggi dan paling thrill yang
ada. Fuh rugi tak cuba tu. Lepas tu korang juga boleh tengok wayang 5D, dekat situ korang boleh siap basah sekali sebab tu la dipanggil 5D. Experience
yang korang takkan lupakan.
Bagi korang yang tak pernah scuba diving, kat sini jugak
ada scuba diving kat kolam buatan manusia dengan instructor yang akan mengajar
korang cara-caranya. This is for the beginners out there dengan fees yang
berpatutan.
Walaupun
Sunway Lagoon ni bertemakan Nickelodeon yang famous dengan Spongebob
Squarepants tu, ada juga satu area dipanggil Scream Park.
Untuk peminat thrill
dengan hantu-hantu ni korang boleh lawat situ dan ready untuk menjerit sekuat
hati yang mungkin. Cuma jangan la pukul hantu-hantu tu kesian, dah memang tu kerja diorang kan.
Dinasihatkan juga yang ada masalah jantung, takpe korang teruskan
pergi mandi jer. Atau korang boleh jalan-jalan kat Wildlife park, kat situ ada
lebih kurang dalam 150 spesies haiwan. Good place for knowledge about animals,
dan sesuai untuk anak-anak kecil yang nak belajar tentang haiwan. Dari have fun
boleh jugak jadi lawatan sambil belajar. Best kan.
So korang apa
lagi, untuk yang dah memang stay Lembah Klang tak payah nak duduk hotel semua,
korang boleh pergi balik jer.
Tapi untuk yang jauh-jauh tu ada je hotel Sunway kat
sini korang boleh stay. So apa lagi, jom cari cheap Sunway Lagoon tickets online, at least dalam hidup ni kena sekali pergi ke situ
barulah best.
picture kredit : Google
besar taman tema ini.. Nak puas kena masuk dari pagi.. Baru boleh main semua permainan..
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...