PROGRAM BAS SEKOLAH PERCUMA TERBAIK!!
Bas Sekolah Percuma
Untunglah
sekarang sudah ada program Bas Sekolah Percuma.
Ibubapa
yang kurang berkemampuan tidak risau lagi dengan penggunaan wang untuk bayar
sewa bas setiap bulan.
Dulu, KG pergi sekolah jalan kaki(masa sekolah
rendah). Sebab KG tinggal area perumahan
guru dekat sekolah. Maka tiada kos sewa van masa ni.
Bila
masuk sekolah menengah, baru mula ikut van sewa bulanan.
Masa
tu sewa sebulan
RM30. Sekarang sewa pun sudah dinaikkan ke RM45-50. Bagi keluarga yang
berkemampuan nilai tersebut mungkin tidak membebankan.
Itu kos ditempat KG. Bagaimana kos sewa di tempat anda?
Sekarang
pula, anak-anak KG juga bersekolah dekat dengan tempat kerja KG.
Pergi
balik sekolah, KG atau suami yang ambik. Kos minyaknya tetap ada. Cuma tak direkodkan penggunaan minyak. Heheh.
Hurm...Alangkah bagusnya jika di Sabah ada program
Bas Sekolah Percuma. Seperti program
Bas Sekolah Percuma di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tu.
Bebaru
ni KG terbaca beberapa artikel tentang program Bas Sekolah Percuma yang dibuat
oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Percuma.
Menarik bukan.
Syukurlah.
Beban keluarga yang kurang berkemampuan dikurangkan.
Sebenarnya program ini sudah bermula sejak awal tahun 2017 lagi. Tapi KG
baru sedar dengan kewujudan program ini.
Itupun
program Bas Sekolah Percuma ini
hanya di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saja.
Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan peruntukan
RM80 untuk seorang murid bagi menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma
ini.
Tujuan program seumpama
ini adalah untuk meringankan beban
keluarga berpendapatan rendah.
Kawasan yang difokuskan adalah 74 kawasan di Perumahan
Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Dan..Pelajar yang berdaftar menggunakan
perkhidmatan bas ini mestilah berpakaian seragam sekolah semasa menaiki bas
sekolah ini.
Inisiatif dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini haruslah dipuji dan
dicontohi.
Kerana bukan hanya di area Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saja adanya
golongan berpendapatan rendah ini.
Apapun
program Bas Sekolah Percuma ini sangatlah bagus selain dapat membantu keluarga
yang kurang berkemampuan.
Ianya
dapat mengurangkan kesesakan lalulintas
di kawasan sekolah semasa menghantar dan mengambil pelajar-pelajar.
Selain
itu juga, keselamatan lebih terjamin berbanding dengan membiarkan anak-anak
menggunakan LRT, teksi, grabcar dan sebagainya.
Membaca
info tentang Bas Sekolah Percuma ini yang hanya di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, KG berharap satu masa nanti bukan saja di Sabah malah diseluruh negara
ini program sebegini diadakan.
kredit : Google
kredit : Google
bagusnya ada bas sekolah percuma! Ringan beban ibubapa
BalasPadamBagi kebanyakkan ibu bapa, kos bulanan untuk bas sekolah memang membebankan. Kalau gaji dalam RM2K - Rm3k sebulan pun masih rasa perit, lagi kalau dok KL tu.
BalasPadamBaru tahu ada bas sekolah percuma ni. Bagus la
BalasPadamdulu2 time kak pip naik bas sekolah, sebulan rm30...
BalasPadamsekarang ni brapa la tu aaa harga yuran bas sekolah ni?
Syoknya anak2 PPR dan rumah pangsa DBKL yg dpt bantuan ni
BalasPadamprogram yg patut diteruskan..yuran bas sekolah skrg mahaiiii
BalasPadamLuqman dulu pernah bayar bulanan kat seorang uncle nih untuk pick up g sekolah. bestnya kalau ada bas percuma jgk dulu2
BalasPadamPercuma???? Wow.. baguslah, jimat duit ibubapa bayr tambang bas skolah saban bulan :)
BalasPadamSewa bas adik sy sebulan RM60 kak, huhu.. pastu adik2 yg bersekolah total 3 orang, bayangkanlah RM60 x 3 orang sebulan.. syukurlah program tu dah dijalankan di KL, hopefully lepas nie ada kat Sabah pula
BalasPadamBest naik bas sekolah
BalasPadambagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak.
BalasPadamSyukur dapat membantu meringankan beban kos pengangkutan buat parents yg mempunyai keluarga yg besar.
BalasPadamlega banyak bila ada bas sekolah percuma ni
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...