RATU CANTIK TIRAI BESI
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
RATU CANTIK TIRAI BESI || Selalu kita tengok atau dengar pertandingan ratu cantik. Unduk Ngadau, Miss Universe, Miss Earth, Miss World dan macam-macam lagi. Tapi kali ini Ratu Cantik Tirai Besi dianjurkan di penjara Wanita Talavera Bruce di Rio Janeiro, Brazil pada 23 November 2017 yang lalu. Maksudnya, penghuni di penjara wanita tersebut yang menjadi peserta pertandingan ratu cantik tersebut.
Bila KG tengok dalam sedutan di kaca tv (Buletin TV3) memang berubah habis penampilan dan wajah mereka. Tubuh pun tetap kelihatan cantik. Memanglah raut wajah itu kelihatannya 'ganas' dan bengis tapi tetap kelihatan anggun dan cantik bila dimekapkan dan pakaian dress. Suasananya lain sikit kerana para peserta juga ada yang bertatu, tapi suidah namanya penghuni penjara kan. Apapun, aktiviti tersebut sebenarnya bagus dianjurkan untuk sesama mereka dan pegawai bertugas serta kaum keluarga. Menarik kan, diberi peluang untuk beraksi di pentas peragaan.
Peserta pertandingan ratu cantik berjalan di "pentas peragaan" semasa pertandingan ratu cantik di penjara wanita Talavera Bruce di Rio de Janeiro, Brazil pada 23 November 2017. - Foto Reuters/Pilar Olivares
Banduan dan peserta ratu cantik "Gadis TB" membuat persediaan untuk pertandingan ratu cantik di Penjara Wanita Talavera Bruse di Rio de Janeiro, Brazil 23 November 2017. - Foto Reuters/Pillar Oliveres
Mayana Rosa Alves (kanan) meraikan kemenangan sebagai Ratu Cantik di Penjara Wanita Talavere Bruce di Rio de Janeiro, Brazil, 23 November 2017. - Foto Reuters/ Pilar Olivares
sumber:astroawani
bagus juga ada aktiviti mcm ni walaupun dalam penjara ...
BalasPadamBoleh tahan tagap2 juga. Haha.
BalasPadamthis is good. at least they had the chance to show the other hidden side of 'em
BalasPadamhii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
aktiviti dorang kan
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...