SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG || Slot Cerekarama diTV3 pada Sabtu 11 November 2017 ini bertajuk Dosa Terlindung. Barisan pelakon-pelakon yang memang hebat-hebat belaka seperti Zamarul Hisham, Eira Syazira, Jue Azizi,Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan, Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Ezzrin Loy dan Erynn Erynna. Drama ini arahan Khalid Nadzri, manakala skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria dan merupakan terbitan Alfanazra Productions Sdn Bhd.
Lagu OST Dosa Terlindung
Lirik Demi Cinta nyanyian Ezad Lazim memang bersesuaian dengan drama ini. Menyentuh rasa dihati ditambahkan lagi suara Ezad memang sedap. (hehehe KG memang peminat Ezad, jadi haruslah memuji artis yang diminati) Apapun jangan lupa malam esok jam 9 malam di TV3 kita layan drama Dosa Terlindung ni.
SINOPSIS DOSA TERLINDUNG
Beberapa tahun lalu, Zie meninggalkan suami, Khairi dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka.
Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.
Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi.
Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.

menarik juga cerekarama ni, tapi bukan ke slot drama Dia mlaam jumaat, sabtu dan ahad di tv3?
BalasPadamDah tengok.. Best juga.. Lakonan zamarul his yam memang tak mengecewakan..
BalasPadamBest sgt cite ni..pelakon lama plak tu.. jua aziz cntik sgt.
BalasPadamDtg ziarah
BalasPadamboleh tahan la cerita dia, tapi baru separuh, kita selalu terlelap. hahaa
BalasPadamassalammualaikum sis. ju dtg blogwalking =D
BalasPadamlama nda tgk drama tv xD
Catat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...