RESEPI KUIH APAM BALIK UNTUK MENU BERBUKA PUASA 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri ini dikemaskini untuk anda yang mencari resepi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pastinya, bila semua duduk dirumah rasa hendak makan itu ini memang sangat tinggi. KG sarankan korang cubalah resepi yang serba ringkas ni. Yang penting anda #StayAtHome. Semoga wabak pandemik ini akan segera berakhir.

RESEPI KUIH APAM BALIK UNTUK MENU BERBUKA PUASA  ||  Siapa tidak kenal dengan kuih apam balik? Apasal nama dia apam balik erk? Yang tu KG tak tau la sejarah dia. Tapi kuih ni kalau orang melayu panggil Apam Balik tapi di Sabah biasa panggil kuih ni dengan nama Kuih Terang Bulan. Kenapa dipanggil Terang Bulan? Rasanya disebabkan kuih ni berbentuk bulat dan berwarna kuning, maka dia dipanggil dengan nama tersebut.(rasanya la)

KG selalu juga buat kuih ni. Sendiri makan dan untuk dijual. Laris memang laris tapi kengkadang kemalasan yang nombor satu la. Hehehe. Okeylah, tak mau cerita panjang, meh KG kongsikan resepinya.

RESEPI KUIH APAM BALIK /TERANG BULAN

Bahan-bahan

Air Secukupnya
Tepung gandum 1kg (boleh dapat 5 atau 6 keping kuih)
Telur sebiji (gred apa saja)
1 sudu kecil Soda bikarbonat atau serbuk penaik lain(yis pun boleh digunakan)
Pewarna Kuning atau warna yang anda suka
1 sudu kecil Esen Vanila
sedikit Gula (untuk letakkan pada bancuhan tepung dan untuk intinya juga)
Kacang Goreng secukupnya (dikisar)
Planta/Marjerin untuk disapu pada kuih yang telah siap dimasak

Cara membancuh adunan tepung apam balik/terang bulan

1. Tepung gandum, soda bikarbonat, telur, air dan esen vanila disatukan. Pukul guna senduk atau kalau ada handmixer boleh guna. Pastikan adunan tidak berbiji-biji 
2. Warnakan adunan dengan pewarna kuning.
3. Perap adunan (jika korang gunakan Yis. Jika gunakan soda bikarbonat perlu juga perap sekejap kut. Sebab ikut pengalaman KG buat guna soda bikarbonat, kalau terus masak memang dia tak gebu)
4. Bila masa hendak memasak, panaskan pan/acuan dengan api sederhana masukkan sedikit adunan dalam pan/acuan, tabur gula kemudian kacang tanah yang diblender. Tutup pan/acuan. 
5. Setelah masak, angkat dan sapukan dengan planta atau marjerin pada kulit kuih apam balik / terang bulan tadi. Sedia untuk dipotong dan hidangkan.


RESEPI KUIH APAM BALIK UNTUK MENU BERBUKA PUASA ,resepi kuih apam balik, resepi kuih terang bulan, cara masak kuih terang bulan, cara masak kuih apam balik, acuan kuih apam balik, menu untuk berbuka puasa,apam balik sedap dan gebu
Inilah hasilnya kuih apam balik/terang bulan KG.

3 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Catat Komen

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama