BAGAIMANA MEMBANTU ANAK MEMBUAT KERJA SEKOLAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
TIPS BAGAIMANA MEMBANTU ANAK MEMBUAT KERJA SEKOLAH || Dalam fikiran kebanyakkan ibu bapa, anak-anak harus mula untuk membuat
kerja sekolah sejurus sahaja selepas selesai makan malam. Realiti
sebenarnya sering berlaku adalah, pasti terdapat pertikaian dan isu
antara ibu bapa dan anak-anak mengenai kerja sekolah.
Masalah
yang biasa dihadapi oleh ibu bapa adalah anak-anak tidak akan menyiapkan
kerja sekolah mereka selagi tidak disuruh dan dipaksa. Sebenarnya terdapat beberapa kaedah untuk untuk membantu anak anda menyiapkan kerja sekolah mereka setiap hari.
1. SEDIAKAN SATU RUANG ATAU BILIK KHUSUS YANG TENANG UNTUK ANAK-ANAK MEMBUAT KERJA SEKOLAH
membuat kerja sekolahGangguan luar seperti komputer, televisyen,
telefon pintar dan tablet hendaklah dijauhkan dan diharamkan semasa
waktu membuat kerja sekolah. Menyediakan semua kelengkapan
persekolahan berdekatan tempat duduk akan mengurangkan anak kita dari
kerap bangun dari tempat duduk dan mendapat gangguan ditempat lain.
2. CARI MASA YANG PALING IDEAL UNTUK ANAK ANDA MEMBUAT KERJA SEKOLAH
Masa yang ideal untuk membuat kerja rumah boleh berbeza antara keluarga kita dan keluarga orang lain. Sesetengah kanak-kanak masih berada dalam mode belajar walaupun baru
sahaja pulang dari sekolah, menjadikan waktu itu adalah waktu yang
paling ideal untuk mereka membuat kerja sekolah. Sesetengah
kanak-kanak lain pula mungkin memerlukan masa untuk melepaskan stress
dan kepenatan mereka sebelum boleh untuk mula membuat kerja sekolah. Benarkan anak kita untuk menentukan waktu untuk membuat kerja rumah
selepas waktu persekolahan mungkin boleh membantu mengurangkan rasa
rimas dan membolehkan mereka menyediakan diri mereka dengan mode
belajar.
3. BANTU ANAK ANDA DENGAN MEMBINA PELAN TINDAKAN
Anak-anak kecil anda mungkin merasa jemu dengan tugasan yang mereka perlu siapkan.
Dengan menyediakan jadual ataupun checklist tugasan mengikut tahap
kesukaran atau masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan, boleh
membantu anak anda untuk fokus dan mengendalikan beban tugas dengan
lebih baik.
sumber : FB
4. BANTU MEREKA UNTUK FOKUS
Halang gangguan
yang datang dari kerja sekolah itu sendiri seperti terlalu banyak
perenggan dan perkataan, serta soalan yang lain dalam kertas soalan yang
sama.
Gunakan kertas kosong untuk menutup bahagian yang
mengganggu itu supaya anak dapat fokus terhadap soalan yang mereka
sedang selesaikan. Anda juga boleh gunakan pembaris untuk
diletakkan dibawah setiap baris ayat yang sedang dibaca dan anak perlu
menggerakkan pembaris ke setiap perenggan baru untuk membantu
mengekalkan fokusnya.
5. BANGUN DAN JAUHKAN DIRI DARI ANAK BEBERAPA MINIT
membuat kerja sekolahBila anak kita sudah mula untuk menyiapkan kerja
rumah, tinggalkan ruang itu dan biarkan dia menyiapkan kerjanya selama
beberapa minit. Bantu anak kita untuk meneruskan kerjanya dengan
memberitahunya bahawa kita akan kembali dalam masa 5 minit untuk
memantau perkembangannya dan membantu jika ada sebarang persoalan. Ini kerana, jika anak terasa terganggu dengan kehadiran kita, ia akan membuatkan anak semakin sukar untuk fokus.
6. AMBIL NAFAS DALAM-DALAM
Kadangkala, proses menyiapkan kerja rumah memang menggeramkan ibu bapa
dengan pelbagai karenah anak-anak sehingga hilang rasa sabar. Anak-anak juga mungkin hilang fokus dan motivasi. Jika anda merasakan rasa sabar semakin memudar, beralih dari kawasan
itu sehingga kita kembali tenang. Juga berikan anak anda rehat selama
beberapa minit (sebaik-baiknya 15 minit untuk setiap satu jam) supaya
mereka boleh refresh kembali.
7. BERIKAN PUJIAN
Berilah
pujian kepada setiap pencapaian dan usaha yang anak anda lakukan dalam
menyiapkan kerja sekolahnya, terutamanya jika kerja sekolah itu agak
mencabar. Jika perlu memberi teguran, berilah kritikan secara
membina. Memarahi anak kerana tidak dapat mencapai standart yang
ditetapkan hanya membuatkan mereka lebih kurang produktif. Sebaliknya, tanyakan diri kita sendiri apa yang boleh dilakukan untuk membantu mereka mencapai standard yang disasarkan.
Idea untuk membantu anak membuat kerja sekolah memang senang dicakap berbanding membuat perkara itu secara praktikalnya. Proses membantu anak menyiapkan kerja rumah sepatutnya menjadi satu
pengalaman yang positif dan berharga kepada anda dan anak-anak. Semoga apa yang dikongsikan pada kali ini memberi manfaat kepada anda
dalam membesarkan anak dengan baik dan penuh kasih sayang.
Terima kasih KG kongsi tips..yang ke 7 tu besar jesannya sebab mak cik PC praktikkan pada anak dia...hehe...terus rajin buat kerja sekolah...
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...