PISANG GORENG CHEESE RAINBOW
RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW || Baru-baru ini KG 'berjalan-jalan' di instagram. Seronok tengok gambar orang yang pelbagai aksi dan ragam. Lagi seronok bila dapat tengok gambar-gambar makanan yang pelbagai serta kelihatan sangat sedap. Apa yang KG hendak ceritakan di sini adalah tentang Pisang Goreng Cheese Rainbow. Memang nampak sedap dan menarik pisang goreng tu dengan warna-warninya. KG pun mencari cara membuatnya dan akhirnya jumpa!!! Ha, lepas ni boleh la KG mencuba resepi pisang goreng cheese rainbow ni di tempat KG. Idea hendak menjual pun keluar la kononnya ni. Okey la meh KG kongsikan resepi yang KG jumpa tu.
RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW
Bahan-bahan
Pisang
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk garam
1 biji telur
400ml air
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu pekat
Keju parut (cheddar)
Kelapa parut
6 jenis pewarna (pink,jingga,kuning,purple,hijau dan biru)
CARA-CARA MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK PISANG GORENG CHEESE RAINBOW
1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit,garam,telur dan air. Dan gaul sebati.
2. Hiriskan buah pisang dan celup ke tepung yang dibancuh tadi.
3. Goreng dalam minyak panas.
4. Asingkan kelapa parut 6 bahagian.Letak pewarna pada setiap bahagian tadi.
5. Cairkan mentega dalam microwave kemudian campurkan dengan susu pekat.
6. Salut pisang goreng yang sudah dimasak tadi dalam sos mentega susu pekat tadi.
7. Taburkan keju parut di atas pisang goreng.
8. Hiaskan dengan kelapa parut yang sudah diwarnakan tadi.
Tengah viral sekarang ni kan.
BalasPadamtertarik...menarik dan pastinya lazat ni KG...kreatif..
BalasPadamTak pernah makan...apa rasanya erk?
BalasPadamtu dia.. trasa nk makan lani jugak
BalasPadamperghhh menarik betoi.. ishh geram tengok cheese warna warni tuu. hehe
BalasPadamjalan2 la ke sini nnt ye. hehe :-* tq awak https://superbvitaminhouse.blogspot.my/
Kelapa parut ke sis bt warna warni dekat pisang cheese tu??
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...