MEH, SANDAR PADA AKU ||SLOT DAHLIA DITV3
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
MEH, SANDAR PADA AKU ||SLOT DAHLIA DITV3 Sekali lagi Mira Filzah menjadi heroin dalam drama adaptasi akan datang di slot Dahlia TV3. Pelakon yang memiliki wajah cantik dan comel ini semakin laris KG tengok. KG suka lakonan dia dalam drama Cinta Si Wedding planner.
Novel bertajuk Meh, Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya telah diadaptasi ke drama akan
ditayangkan dalam slot Dahlia diTV3. Akan datang tu!!! Lakonan Aliff Aziz dan Mira Filzah.
Sinopsis Meh, Sandar Pada Aku
MEH, SANDAR PADA AKU! – Aifa Batrisya
Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?
Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.
Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!
“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”
Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.
“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”
Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

dia lagi berlakon. haha :D
BalasPadamapa2 pun Mira Filzah cantik!
cerita macam menarik...
BalasPadamsemakin meniti kejayaan mira filzah ni KG...pelakon lelaki tu pun PC mungkin lepas pandang kot..sebab PC jarang juga ikuti drama..
BalasPadammcam best ni..boleh rekod nanti
BalasPadamwww.azlindaalin.com
Mmg best lah lakonan Mira Filzah dlm drama MEH SANDAR PADA AKU..kelakar, sedih, gaduh mcm2x lah..terbaik!!!
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...