UDA DAN DARA
SINOPSIS DRAMA UDA DAN DARA
Sekian
lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin
Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat
menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda
tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya,
mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu.
Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan
sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki
itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang
untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam
meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah.
Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat
itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka.
Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat. “Abang
cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan
sia-siakan Mar" - Izzat Hilman
Tajuk: Uda Dan Dara
Penulis: Aisya Sofea
jom layan
BalasPadamWahh macam best je :)
BalasPadamwah best ni..ZA heronye ey.. :)
BalasPadamGandingan mantap ni...
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...