AKADKU YANG TERAKHIR
SINOPSIS DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR
Tugas
sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan
seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab
bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam
setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati
yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya
menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya.
Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang
dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di
bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi
akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania! "abang janji abang akan
bahagiakan sayang sampai bila-bila. Selagi abang bernyawa ,selagi abang
bernafas didunia ini , abang janji sayang adalah cinta terakhir abang
." - irham zahri.
Tatkala
dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan
Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan
juga sikap melindungi Fazriq.
Mampukah
akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung
nyawa? “Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan
tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….” .
“Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!” – Zahra.
“Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa yang nakkan Zahra?!” – Encik Zainal.
Kebahagiaan ZAHRA
AISYA direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun
menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur
menikahi MUHAMMAD FITRI untuk menutup perkara memalukan itu.
“Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, benci sampai ke akhirat!” – Zahra.
Selepas bergelar
suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula
menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian
yang ada dalam jiwa si isteri.
“Zahra dah okey, esok abang pergilah kerja.” – Zahra.
“Eh, suka hatilah abang nak pergi kerja atau tak.” – Fitri.
Namun pada saat
hubungan Zahra bersama Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut
yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali RIYAD mengganggu
kebahagiaan rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika
Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra
semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat
Riyad mula menunjukkan belang diri.
Apabila Zahra mula
diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, SHASHA
yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga
juga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad
sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya
mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah
yang akan terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra
terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati?
boleh memporak perandakan emosi penonton ni KG..selamat berhujung minggu KG..
BalasPadambyk drama dah diadaptasi dr novelkan sis... harus duk depan tv ajer
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...