SINOPSIS CEREKARAMA WAN EMBONG
JUDUL : WAN EMBONG
TARIKH / MASA : Sabtu, 21 November 2015, 9 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Syed Muhd Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Amie Maziah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Faizal Hussien, Neelofa, Izreen Azminda, Vanida Imran, Johan Asaari, Dato Rahim Razali
SINOPSIS CEREKARAMA WAN EMBONG
Cerekarama mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (lakonan Faizal Hussein), sebagai isteri ketiga.
Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato’ Rahim Razali).
Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.
Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.
Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri.
Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu.
Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini?
Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?
mcm best je kan...nak kena tunggu esok mlm ni
BalasPadamha ah...malam ni nak tengok
PadamAlamakkk.. Terlepas episod semalam.. Ruginyaaa
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...