REVIEW FILEM JWANITA
JWANITA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
REVIEW FILEM JWANITA || Petang semalam KG layan Jwanita Online jer. Memula tengok tak berapa tengok sangat, mata tengok benda lain telinga aje mendengar. Tapi start Jwanita kena culik masa dia keluar dari hostel tu, mata KG pun bulat aje tengok. Baru tumpu perhatian.
Okey lah sepanjang perjalan cerita ni, bagi KG memang tidak menghampakan. Cuma tak faham bila Jwanita mengamuk masa adiknya Julaika bernikah dengan Farhan. Masa ending dia tu baru faham...Rupanya si Farhan sudah berjanji dengan si Jwanita. Ha, padan muka kau Farhan. Bila Jwanita membunuh tu memang KG benci sangat dengan Jwanita. Tau-tau ni semua pasal Farhan. Hahahah...jadi KG tak salahkan Jwanita yang sememangnya mental tak ok jadi macam tu. Masa Nona (Marsha) kena bunuh tu lagi...eiii ngeri.
Dengar-dengar filem arahan Osman Ali ni diambil berdasarkan peristiwa benar yang berlaku masa lalu. Eiii...ngeri juga macam tu. Ganasssss. Siapa-siapa tak tengok lagi...boleh aje tengok ONLINE Jwanita ni. KG bagi 4 bintang la.
Filem ini turut menampilkan barisan pelakon mantap seperti :
Bront Palarae
Cristina Suzanne
Datin Paduka Umie Aida
Marsha Milan.
SINOPSIS FILEM JWANITA
Mengisahkan Jwanita (lakonan Maya Karin), seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam
Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan (lakonan Bront Paralea), doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya. Namun, segalanya punah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya.
Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula. Jwanita kembali dengan perwatakan yang berbeza namun dengan azam dan dendam durjana.
Lagu tema dinyanyikan oleh:
Datin Alyah dengan lagu berjudul Dendam Cinta.
Gandingan para pelakon yang mantap tu KG..tapi bab cerita seram ni PC kurang sikit..bukan apa takut..nanti terbawak bawak masa tidur..
BalasPadamwaahhh...!! teringin juga nak tgk citer ni.. berani ke tak ehh...? hehehehee... :)
BalasPadamCerita seram? wajib kena tengok.. hehe
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...