Tarikh pembayaran BR1M 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tarikh pembayaran BR1M 2015 || Seperti yang sudah diwar-war di berita (KG terdengar berita diradio) bayaran ketiga BR1M 2015 akan dibayar awal iaitu pada 21 September 2015. Berikutan Hari Raya Aidil Adha jatuh pada 24 September 2015, maka diawalkanlah konon. Jadi pada yang menerima BR1M 2015 ni bolehlah gunakan wang tersebut untuk membeli keperluan Raya Aidil Adha kan.
Pembayaran BR1M 2015 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu bermula 28 15 Januari, 28 Mei dan 21 28 September 2015.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai 28 15 Januari 2015.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM.
Tarikh pembayaran bermula | Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan | Pendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan |
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 sebulan
|
15 Januari atau 12 Februari 2015 | RM300 | RM200 | RM350 |
28 Mei 2015 | RM300 | RM200 | --- |
21 | RM350 | RM350 | --- |
Jumlah | RM950 | RM750 | RM350 |
Cara pembayaran BR1M 2015
Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Baucar bagi bayaran peringkat pertama akan diagihkan di majlis penyerahan BRIM, mulai 17 Jan hingga 31 Mac 2015. Baucer bayaran peringkat kedua dan ketiga akan dihantar terus ke rumah.
Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M.
Kredit :MalaysiaTercinta
akak...setahun dua kali dapat ke mcm na tu kak
BalasPadamUntuk isi rumah gaji bawah RM3k dapat 3 Kali..pecahan Dari RM950. Untung la sapa yg dapat kan....
BalasPadamUntung siapa yg dapat
BalasPadamAlhamdulillah...rezeki utk mereka yg dpt
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...