TIPS MENANGANI PANAS BARAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
KG kongsi entri untuk awal pagi sabtu ni. Malam Jumaat baru-baru berlaku pertelingkahan antara KG dengan.... Semuanya kerana amarah, pelbagai perkataan yang keluar dari mulut.
Ada sebab kenapa Rasulullah s.a.w tegas kepada kita untuk tidak marah. Ini kerana kemarahan itu menjemput aura negatif, sekaligus menghancurkan rezeki untuk hadir. Serius. Ini ada beberapa tips untuk menangani panas baran.
Contoh Tips:
+ Ambil wuduk, jangan panjangkan kata.
+ Saat marah, jauhkan diri anda dengan orang lain.
+ Sentiasa amalkan zikir, " Ya Latif, Ya Rahman, Ya Rahim."
+ Ingat kebaikan orang yang anda bakal marah padanya.
+ Diam.
+ Lepaskan marah anda dengan menumbuk bantal. ( Ini kelakar )
+ Kita jangan menasihati orang sedang marah. Nanti kena tumbuk. Biarkan saja, beri ruang.
+ Mandi. Benar, mandi menarik aura positif.
+ Tahanlah marah anda dengan ingat apa risiko, apa akan jadi ( kesan) setelah anda lepaskan baran anda.
+ Makan. Ikut kajian, segelintir orang bila stress dan tertekan. Mereka akan jamah makanan.
+ Pasang MP3 Quran/Zikir setiap hari di rumah.
+ Penuhi hati dengan ilmu keindahan syurga, dan kepanasan neraka. ( Tafsir Quran )
+ Bersukan. Lepaskan stress anda dengan bersukan.
+ Bertemanlah dengan sahabat yang tenang sifat dan perwatakannya.
KG akui bukan mudah untuk tahan marah, bahkan diri KG sendiri sudah beberapa kali tersungkur kerana sikap panas baran. Teruskan perbaiki diri, 40 hari jika mengamalkan terus menerus tips-tips yang diberikan. Semoga, kita yang menguasai diri kita, bukan hawa nafsu.
Selamat berhujung minggu!!!
Selamat berhujung minggu!!!
Nice info KG.....
BalasPadamTips yang baik KG
BalasPadamgood sharing ;)
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...