TERKINI GAMBAR GUNUNG KINABALU SELEPAS GEMPA BUMI
Lokasi di Gunung Kinabalu, Ranau Sabah.
Gambar diambil dari :SABAH PARKS FB
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah pada Jumaat lalu rata-rata membuatkan ramai orang yang trauma. Tertamanya mereka yang berada dikawasan gempa bumi, di Ranau. KG sendiri sebenarnya trauma selepas gegaran pertama pada Jumaat lalu(5.6.2015) kemudian ada gegaran susulan sehingga kini. Saat KG menaip entri ini juga, masih terasa gegaran-gegaran kecil.
KG sedikit merasa 'sakit' dengan 'luka' yang Gunung Kinabalu alami. Kesian pada Gunung yang menjadi kebanggan negeri Sabah sudah 'terluka'. Kesian pada insan-insan yang mencari sumber rezeki di Gunung Kinabalu terjejas. KG yang bekerja di bawah Sabah Parks juga turut merasa kehilangan 'sesuatu'. Apapun takziah buat mangsa-mangsa di Gunung Kinabalu.
Kelihatan serpihan batu yang besar. Di bawah sana penginapan Laban Rata. (alahai..kalau la batu tu jatuh ke bawah...)
Pengarah Taman-Taman Sabah Dr.Jamili Nais turut turun ke lokasi (Gunung Kinabalu) untuk melihat keadaan selepas gempa bumi Jumaat lalu (5.6.2015)
Semoga bencana ini tidak kembali berulang. Sama2 kita perbanyakkan amal saleh.
BalasPadammemang satu pemandangan yang sukar untuk dikatakan. hopely ada penambahbaikan dari sini.
BalasPadamCatat Komen
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...