PROGRAM REALITI TOP MUA OLEH DATUK ALHA ALFA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PROGRAM REALITI TOP MUA OLEH DATUK ALHA ALFA || Pastinya semua MUA-MUA yang ada diseluruh Malaysia gembira dengan berita ni. Tapi bagi MUA-MUA yang memang sudah ada nama sedia kurang sikit la keterujaannya dengan program realiti ni. 

Kalau sebelum-sebelum ni, pelbagai Program Realiti yang sudah dibuat dan rasanya ini julung kali untuk para MUA di Malaysia kan. (Betulkan kalau salah erk).

KG memang suka guna produk Alha Alfa ni. Sebelum ni guna produk murah jer, tapi bila TERRcuba produk AA ni...memang jatuh cinta!!

So,siapa-siapa MUA yang ingin mencuba tu bolehlah hantar video seperti yang diminta tu ya. Good Luck!!

Ha, jom kita baca tentang info tersebut atau korang boleh jer ke instagram Datuk Alha.


Pengasas jenama kosmetik dan jurusolek profesional, Datuk Alha Alfa bakal muncul dengan sebuah program realiti Malaysia TOP MUA pada tahun depan.

Jelas Alha dia sudah lama menyimpan hasrat untuk tampil dengan sebuah program seperti ini kerana ingin menghargai bakat seorang jurusolek.

"Sebelum ini program realiti pencarian bakat baharu sering dalam bidang nyanyian, fesyen dan lakonan. Jadi kali ini saya buat kelainan untuk mencari bakat baharu dalam bidang solekan.

"Selain itu ia juga untuk menghargai kebolehan jurusolek yang bagaikan cendawan tumbuh di era mahupun dunia.

"Program ini akan mencungkil bakat baharu yang berumur antara 18 sehingga 35 tahun untuk mengorak langkah sebagai jurusolek. Kami tidak menyediakan kuota bagi peserta lelaki dan perempuan.
"Kewujudan platform ini diharapkan mampu memberi saingan yang sihat di kalangan jurusolek tanah air sekaligus meletakkan kepercayaan kepada masyarakat bahawa profesion ini mampu memberi impak yang besar dalam industri kerjaya sebagai jurusolek.

"Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menghasilkan program begini, saya bersyukur ia akhirnya berjaya direalisasikan," katanya kepada Gempak. 

Alha ditemui ketika majlis pelancaran program realiti, Malaysia Top MUA di The Love Matic, Kuala Lumpur.

Tambah Alha pemilihan peserta dibuat berdasarkan beberapa peringkat bermula dengan penghantaran penyertaan video demonstrasi mekap yang menggunakan produk Alha Alfa iaitu Set Borderless.


"Peserta yang berminat boleh menghantar video demonstrasi mekap selama seminit menggunakan produk Alha Alfa iaitu set Boarderless mulai 13 November hingga 4 Disember depan.

"Daripada situ, kami akan memilih lapan peserta terbaik untuk dijadikan sebagai finalis program.

“Setiap minggu mereka akan diminta untuk menyiapkan tugasan berdasarkan tema-tema yang telah dipilih antaranya seperti solekan pengantin dan solekan kesan khas (special effect). 

"Pihak produksi akan membawa peserta ke Bali dan Yogjakarta pada episod keenam dan ketujuh bagi mereka menimba pengalaman dengan ciri solekan yang menjadi ‘signature’ jurusolek di negara seberang.

"Keseluruhan episod ini di adili oleh Alha sendiri sebagai juri tetap bersama juri yang dipilih," katanya lagi.

Episod 1 program realiti ini bakal disiarkan setiap Sabtu di Astro Ria bermula 15 Februari 2020.

Wang tunai sebanyak RM50,000 akan diberikan sebagai jumlah keseluruhan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.
  
PROGRAM REALITI TOP MUA OLEH DATUK ALHA ALFA, alha alfa, program realiti top mua malaysia, program realiti malaysia, produk alha alfa,top mua malaysia, mua-mua , MUA

Sumber : Gempak


Post a Comment

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama