PENGIRAAN 'LIKE' PADA INSTAGRAM AKAN DISEMBUNYIKAN



Pengiraan 'Like' Pada Instagram Akan Disembunyikan, Ujian Dimulakan Di AS Minggu Hadapan

Pada ketika ini Instagram merupakan aplikasi media sosial paling popular di dunia, khususnya bagi golongan anak muda. Pengguna yang memiliki pengikut yang ramai turut menjadikan platfom ini sebagai sumber pendapatan mereka. Selain memuat naik gambar yang menarik, pengguna juga mensasarkan ‘Like’ yang banyak. Walaubagaimanapun, tidak lama lagi pengiraan ‘Like’ akan disembunyikan dari tatapan pengikut dan hanya boleh dilihat oleh pemilik akaun sahaja.

Menurut CEO Instagram, Adam Mosseri, ujian dengan menutup pengiraan ‘Like’ akan dilakukan kepada pengguna di Amerika Syarikat, malah akan diperluaskan ke negara seperti Australia, Brazil, Jepun, Kanada, dan New Zealand tidak lama lagi.

Bermula minggu hadapan, hanya pengguna sahaja boleh melihat berapa banyak ‘Like’ yang mereka terima. Hal ini kerana pihak Instagram mahu pengguna memfokuskan kepada kandungan yang dimuat naik sahaja dan bukan kepada pengiraan ‘Like’.

Jika perubahan ini kekal, kami percaya pengguna tidak lagi akan tertekan sekiranya ‘Like’ yang diterima kurang ataupun sedikit. Namun, begitu, perubahan ini mungkin mengecewakan buat mereka yang bergelar Instafamous.
like akan disembunyikan, cara menambah like di Instagram,instafamous, instalikes
sumber : FB satugadget

2 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama