MISI KURUS SIHAT DAN CANTIK OLEH KOC AINA

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

MISI KURUS SIHAT DAN CANTIK OLEH KOC AINA || Lama benar KG tidak update belog ni. Virus malas masih ditangga teratas hehehe. Kali ini KG updated tentang Perjalanan untuk menurunkan berat badan yang semakin bertambah ni. 

KG ubah sikit tema dibelog KG ni. Kalau sebelum ni campur-campur punya kisah, kali ni KG mahu kongsikan tentang pentingnya menjaga kesihatan, pengurusan berat badan, workout, pemakanan sihat dan banyak lagi la. 

Semoga menjadi motivasi diri dan insan-insan diluar sana yang menanamkan rasa 'mustahil untuk turunkan berat badan setelah badan naik dengan jayanya'. Atau ada juga yang suka pujuk hati sendiri dengan mengatakan 'takpe, gemuk is awesome' dan baaaanyak lagi ayat-ayat penyejuk hati. 

Percaya atau tidak pemikiran seperti itu sebenarnya tidak elok kerana semakin hari semakin kita akan mengambil makanan tanpa mengira sukatan yang diperlukan oleh tubuh.

Cewahh..macam pakar la pulak kan. 

Bukan. Bukan berniat mahu jadi pakar tapi mahu mengajak rakan-rakan agar menjaga pemakanan. Kita, lebih terdedah dengan penyakit disebabkan makanan. 

Tapi kalau ada yang menafikan, terpulanglah. KG doakan semoga satu masa nanti timbul atau terbuka la hati korang untuk menjaga pemakanan harian.

Oh ya..panjang KG membebel. Sebenarnya KG ada join satu program yang dinamakan Misi Kurus Sihat dan Cantik yang dikendalikan oleh Koc Aina secara online. Sekarang sudah masuk  Batch 18.

Antara Testimoni bergambar #misikurussihatdancantik(dengan keizinan koc Aina yer)



misi kurus, sihat dan cantik secara online bersama koc aina,jom kurus,kurus secara sihat,kurus tanpa supplement, kurus dan cantik, jom kurus,coaching online, koc aina,fab koc aina,siapa koc aina,coach aina insyirah, fb nur aina insyirah










Percaya atau tidak, inilah dia koc Aina sebelum dan dan selepas. 


Jika korang berminat boleh hubungi Coach Aina di FB dia yer (NUR AINA INSYIRAH) jangan lupa bagitau nama Kak Gojes ya.


1 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama