Gerhana Bulan Separa

Gerhana Bulan Separa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekali lagi kita dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka berlaku pada 17 Julai 2019 bermula jam 4.01 pagi dan akan berakhir pada jam 6.59 pagi waktu Malaysia.


Apa itu gerhana bulan separa?

 Gerhana Bulan Separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan Bulan, telah terlindung oleh jasad Bumi kita.
Secara amnya, gerhana ini berlaku Bumi akan berada di antara Matahari dan Bulan. Walaupun ia nampak seperti sebaris, tetapi jika dilihat dari satah ‘tepi’, Bulan berada sedikit ke atas daripada garisan Matahari dan Bumi. Ini akan menyebabkan ia tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh bayang-bayang Bumi.
Posisi Bulan yang sedikit ‘ke atas’ dari satah Matahari dan Bumi, menyebabkan hanya sebahagian sahaja yang akan terlindung dan memasuki kawasan bayang-bayang umbra Bumi. Kredit timeanddate.com


Pada Rabu, 17 Julai 2019, seluruh penduduk Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa bermula dari jam 04:01 pagi hingga jam 06:59 pagi apabila Bulan terlindung oleh bayang “umbra’ Bumi. Litupan maksimum bayang Bumi ke atas Bulan berlaku pada jam 05:30 pagi.

gerhana bulan, gerhana separa, planetarium negara, gerhana bulan penumbra, apa itu gerhana bulan, apa itu gerhana bulan separa, gerhana, jenis-jenis gerhana, fenomena gerhana bulan, beza gerhana bulan dan matahari, menetukan arah kiblat, gerhana bulan pada 17 julai 2019


1 Komentar untuk "Gerhana Bulan Separa"

waahh terima kasih atas perkongsian.. terpaaksa berjagalah nie nak tgok

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Back To Top