Puasa Sunat yang elok diamalkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Puasa Sunat yang elok diamalkan || Sebelum tu, korang sudah ganti puasa yang tertinggal tahun lalu? Ha...sedar tak sedar tinggal 46 hari saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Maknanya kita akan berpuasa. Yeah... Tapi jangan lupa gantikan puasa yang belum diganti tau. Kira punya kira, baru ahkak sedar ahkak pun belum ganti puasa. Ha..ni yang mahu menggantikan puasa ni.


Niat Menggantikan Puasa (Qada)

niat ganti puasa, Puasa Sunat yang elok diamalkan, niat puasa ganti, ganti puasa
Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala
Ertinya:
“Sahaja aku puasa esok hari ganti fardhu Ramadhan kerana Allah taala”


Puasa Sunat yang elok diamalkan


1. Puasa Isnin dan Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

2. Puasa tiga hari setiap bulan

Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’
Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga
belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

3. Puasa hari ini, esok tak puasa

Lusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal. Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

4. Puasa pada hari Arafah

Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.
Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

5. Bulan Zulhijjah

Bagi membesarkan bulan Zulhijjah, umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat bermula dari 1 hingga 9 Zulhijjah bagi yang tidak menunaikan haji. Pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah adalah hari terbaik bagi umat Islam yang tidak berkesempatan mengerjakan Haji untuk berpuasa.

6. Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.
Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

7. Puasa bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

8. Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan iaitu Hari Tasu’a.
  • ‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.
Untuk panduan umat Islam juga berikut disertakan hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Hari Makruh berpuasa sunat

  •  Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  •  Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
  •  Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
  •  Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Hari haram berpuasa sunat

  •     Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
  •     Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  •     Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  •     Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
  •     Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
  •     Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban

5 Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

  1. jom.. eh.. ejulz tamat puasa.. hehe

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang bagus.. tak lama je lagi Ramadhan nak menjelma.. Kena ganti cepat..

    BalasPadam
  3. perkongsian yang menarik. boleh berlatih berpuasa pada hari sunat puasakan. nanti nak ramadhan dah

    BalasPadam

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Terbaru Lebih lama