20 Mac 2019

PUASA SUNAT (HARI-HARI PUTIH)



PUASA SUNAT (HARI-HARI PUTIH)


Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari putih? Kenapa dinamakan hari-hari putih?


Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan; Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; “Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh)

Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض (hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah.

[1] Raudhatul-Muttaqien, jil. 3, hlm. 261



PUASA SUNAT (HARI-HARI PUTIH), apa itu hari putih, kenapa hari putih, puasa hari putih

1 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian. boleh la berlatih puasa slow2 untuk ramadan nantikan

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...