LALUAN PENDAKIAN BARU KE PUNCAK BOHEY DULANG DI BUKA


LALUAN PENDAKIAN BARU KE PUNCAK BOHEY DULANG DI BUKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

LALUAN PENDAKIAN BARU KE PUNCAK BOHEY DULANG DI BUKA || Waaaahhh ..seronok jak ko tau info pasal laluan pendakian baru untuk ke Puncak Bohey Dulang ehhh. Ahkak ni biarpun staff Taman-Taman Sabah, pijak ke Bohey Dulang pun belum lagi tau. Sudah mau masuk 18 tahun kerja dengan TTS ni, sekali pun belum ke sana. Asyik dengar orang lain punya cerita pasal seronoknya di Bohey Dulang..bla..bla..bla.. Apapun, nanti ahkak memang mahu ke sana juga. kena bertekad ni. Ngeheheh. Okey la..ni berita mengenai laluan pendakian yang baru. Siapa-siapa kaki hiking tu kena ulang lagi la hiking guna laluan baru ke puncak Bohey Dulang ni. Samada mencabar atau tidqak..itu kena pergi sendiri la. sebab ahkak ni belum lagi ke sana...

LALUAN PENDAKIAN BAHARU KE PUNCAK BOHEY DULANG DIBUKA HARI INI


SEMPORNA,12 Mac 2019 : Laluan denai baharu pendakian ke puncak Pulau Bohey Dulang yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan bot dari Pekan Semporna di sini, dibuka kepada pengunjung bermula hari ini.

Laluan sejauh 700 meter ke puncak itu dirasmikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman Taman Sabah (TTS), Mohd Amin Abd Mem.

Mohd Amin ketika ditemui berkata laluan itu dibina oleh TTS dalam tempoh dua minggu dan sudah dicuba dan diperiksa dari segi keselamatan sebelum dibuka kepada pengunjung.

“Denai pendakian yang baharu ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pendaki dan kerosakan denai selain meningkatkan tahap keselamatan pengunjung termasuk had daya tampung denai ke puncak Bohey Dulang.

“Syabas kepada pasukan pembuat ‘trail’ Taman Taman Sabah yang bertungkus lumus melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata denai pertama yang dibuka sejak 2011 akan menjadi laluan pengunjung untuk turun dari puncak.

“Pada ketika ini, Bohey Dulang menerima pengunjung antara 300 hingga 700 sehari dan rata-rata pengunjung itu adalah pelancong daripada China,” katanya.

Sementara itu, seorang pemandu pelancong Akmal Awaludin berkata laluan pendakian baharu itu lebih landai dan agak jauh berbanding laluan lama yang tinggi tetapi pendek.

“Kedua-dua laluan ini pasti akan memberi cabaran pendakian yang berbeza dan memuaskan,” katanya yang membawa tiga pelancong daripada China untuk menyaksikan keindahan pulau Bohey Dulang dari puncaknya.

Menurutnya, melalui laluan lama, ada pelancong yang terpaksa berhenti mendaki pada paras 300 meter akibat sesak nafas dan turun semula.

Pulau Bohey Dulang merupakan antara lapan pulau yang diwartakan di bawah Taman Marin Tun Sakaran selain Pulau Sibuan dan Pulau Mantabuan yang juga menerima kunjungan pelancong ramai.
SUMBER: FD

LALUAN PENDAKIAN BARU KE PUNCAK BOHEY DULANG DI BUKA, LALUAN PENDAKIAN BARU BOHEY DULANG, PAKEJ PENDAKIAN PUNCAK BOHEY DULANG, BOHEY DULANG SEMPORNA, MENARIK DI BOHEY DULANG
Picture kredit : FD

4 Komentar untuk "LALUAN PENDAKIAN BARU KE PUNCAK BOHEY DULANG DI BUKA"

wahhhh.. cantik pemandangan :)

Cantiknya bohey dulang...

wahhhh..cantik tmpt dia..penat mendaki pun lupa kalau smpai kat puncak, tgk pemandangan cam ni...

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Back To Top