15 Dis 2018

KASUT PALLAS HITAM UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2019

KASUT PALLAS HITAM UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Sesi persekolahan 2019 bakal menjelang tidak lama lagi. Apa yang pasti kaum ibu-ibu la yang sibuk sakan mengatur pembelian keperluan sekolah anak-anak. Macam KG, segala keperluan sekolah anak-anak memang KG yang atur. Jadi, kena rancang dari awal la supaya bersedia dari segi kewangan dan masa untuk membeli. 

Kasut Hitam Atau Putih?

KG tak kisah sebenarnya putih ataupun hitam. Lagipun pihak sekolah anak-anak masih membenarkan murid-murid pakai kasut hitam ataupun putih. Pekeliling pasal wajib pakai kasut hitam tu kan 2021. 

Apapun KG memilih kasut hitam dari Pallas bagi sesi persekolahan 2019 untuk anak-anak.

Pallas X Single Velcro Strap 205-0164 (saiz 5) untuk Dania


Pallas X Single Velcro Strap 205-0164
 (saiz 4) untuk Danish

Kenapa Pilih Kasut Sekolah Pallas?

Sudah semestinya kasut Pallas TAHAN LAMA. Sebelum ni KG pernah belikan kasut sekolah pallas putih untuk anak-anak, dan mereka boleh gunakan sehingga naik darjah 2 dan 3. Tapi sekarang sudah sempit, keadaan kasut masih bagus sebenarnya. 

Kalau sudah jenis yang tahan, sudah tentulah dengan Pallas X ini LEBIH JIMAT dan HARGA PUN BERPATUTAN. Maka tidak perlulah dalam setahun beli kasut 2 atau 3 kali. 

Selain itu, Pallas BANYAK PILIHAN kasut. Ada yang bertali, tanpa tali atau pelekat, dan juga ada pelekat.

Dengan kelebihan X Light, kasut lebih ringan!  


Tapak kasut pallas juga tebal dan tidak mudah menyebabkan tergelincir. TERBAIK dari Pallas X. 


Tidak panas dan kaki tidak mudah berpeluh juga kerana bahagian kasut Pallas X ini di perbuat dari kanvas yang baik untuk keselesaan dan perlindungan tambahan.



Pemilihan kasut sekolah yang sesuai adalah berkaitrapat dengan pertumbuhan kaki kanak-kanak yang sihat. Oleh itu, kita sebagai ibu jangan sembarangan membeli kasut untuk anak-anak. 


Kesian anak-anak jika tidak selesa dengan kasut mereka. 

Dimana Boleh Dapatkan Kasut Pallas ni? 


Kasut Pallas ini boleh didapati dikedai-kedai yang terpilih ataupun boleh beli secara online dan ikuti langkah-langkah menyukat saiz yang betul seperti dibawah:






Nak beli online tapi tak confident tentang saiz kaki anak? Jangan risau, korang boleh ikut measurement seperti gambar di atas ini.

1. Ambil kertas A4 saiz
2. Tekap dan lukiskan kaki anak di atas kertas tersebut. 
3. Tandakan garis lurus memanjang pada jari kaki yang paling panjang.
4. Ambil pembaris dan ukurkan di tanda aras jari kaki yang paling panjang tadi.
5. Baca bacaan di pembaris dan ambil bacaan lebih 1-2cm. Macam mummy, mummy ambil bacaan lebih 2 cm.



KG pun gunakan cara di atas untuk ukur kaki Dania dan Danish. Alhamdulillah kasut sekolah yang sampai tu mereka muat dan saiznya tepat !


Selanjutnya tentang kasut sekolah Pallas, boleh layari web : http://www.pallas.com.my




Apalagi? Jom la membeli kasut dari Pallas.   pasti puashati. Berbaloi!  




2 ulasan:

  1. terima kasih perkongsian tips. selalunya kasut anak2 ni kami beli kat kedai, bawak anak2 dan ukur. terpaksa. sebab kaki anak ni besaq sangat. padahal umur baru 7 tahun. hahahaha

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...