AFB FEED

RAMALAN KEPUTUSAN PIALA DUNIA 2018

4:09 PTG

RAMALAN KEPUTUSAN PIALA DUNIA 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

RAMALAN KEPUTUSAN PIALA DUNIA 2018|| Piala Dunia 2018 sudah masuk ke pusingan kedua separuh akhir. Ramai pasukan pilihan yang sudah bungkus kain baju balik ke negara masing-masing. Lari dari ramalan para penyokong kan. Heheheh... ahkak ni bukan juga kaki bola tapi memang melayan juga mana-mana yang ahkak sempat layan. 

Ahkak sebenarnya tertarik dengan ramalan-ramalan keputusan piala dunia ni. Kalau kamu masih ingat sewaktu piala dunia 2010, seekor sotong yang bernama Paul telah meramalkan kemenangan pasukan Spanyol menentang German. (Kalau tak silap KG). Walaumacamanapun Paul sotong ni sudah mati. Tak pasti kenapa..tapi ahkak ada terbaca satu artikel tidak lama dulu.(malas mau google balik)

Kali ini seekor kucing putih yang pekak bernama Achilles pula dijadikan peramal. Kucing putih gebu ini tinggal di muzium Hermitage, St Petersburg di Russia. Comel jer Achilles ni(akak tengok dalam gambar dia jer)

Bagaimana pula dengan ramalan Piala Dunia 2018? Siapa pulak yang diramalkan menjadi juara? Eh..final piala dunia bila erk? hehehe..Korang sokong pasukan mana? Ahkak ni mana-mana pasukan yang akak suka, maka itulah yang ahkak sokong. Tak menentu dengan satu-satu pasukan.

Dan sudah tentu sepanjang piala dunia 2018 ni ada ramai yang bangun lewat lepas tu cuti sakit. Padahal tak cukup tidur. Prestasi kerja sepanjang piala dunia ni pun merosot.  Jangan lupa baiki prestasi kerja tau.Chewah..konon bagi nasihat.

So, apa pula ramalan keputusan piala dunia 2018 korang?Okeylah, walau apapun keputusan piala dunia 2018 ni kita kena terima. Jangan pula bertaruh macam-macam.
Sekian dulu. Wassalam.

piala dunia 2018,RAMALAN KEPUTUSAN PIALA DUNIA 2018, tentang kucing achilles, ramalan kucing achilles keputusan piala dunia 2018,info kucing achilles
sumber :GEMPAK

You Might Also Like

1 komen

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Advertise

Logo Sabahan Blogger
APDM SAPS

SABAHAN BLOGGER(DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU)