29 Mei 2018

TERJEBAK!!! HALALKAN HATI YANG KU CURI

TERJEBAK!!! HALALKAN HATI YANG KU CURI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SLOT AKASIA TV3|| Halalkan Hati Yang Ku Curi novel karya Mia Kiff diadaptasi ke drama bersiri. Dibintangi oleh Aliff Aziz(heheh..dah lama ahkak tidak tengok drama lakonan dia ni sejak..tut, tapi kali ini ahkak layan), Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana dan ramai lagi. 

Drama ni sudah mula ditayangkan sejak 23 Mei 2018 lagi di TV3 jam 7 malam. Tapi ahkak terlayan yang episod ketiga.

Baca review dibeberapa buah blog, macam menarik pulak. Maka ahkak pun melayan dari awal la. Ala..ada banyak laman yang boleh korang tengok online aje. Esok-esok kalau ketinggalan satu episod silalah google tonton drama online yer.(bukan blog ahkak tau)

Lagu tema drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ni pun best. Lagu Aku Kamu Nyanyian Janna Nick Featuring Alvin Chong. 

Meh baca apa pulak sinopsis drama Halalkan Hati Yang Ku Curi

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi


Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu? - Sumber 

tonton drama online ,TERJEBAK!!! HALALKAN HATI YANG KU CURI, slot akasia tv3, halalkan hati yang ku curi, sinopsis drama halalkan hati yang ku curi, barisan pelakon drama halalkan hati yang ku curi, ost drama halalkan hati yang ku curi, biodata mimi lana, biodata farah nabilah, ost halalkan hati yang ku curi nyanyian Janna Nick feat Alvin Chong bertajuk Aku kamu, Lirik Aku kamu nyanyian JAnna Nick dan Alvin Chong

Kredit : Google

2 ulasan:

  1. best cita ni cuma slow sikit. tp busyra tak miss lg tngok. hehe

    BalasPadam
  2. baca sinopsis macam best drama ni
    JanjiKita

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...