AFB FEED

SYAFIQ KYLE DAN AMYRA ROSLI DALAM NUR

10:09 PG

SYAFIQ KYLE DAN AMYRA ROSLI DALAM NUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
NUR || Sebuah drama Islamik yang sedang ditayangkan diTV3 dalam slot Samarinda, ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Drama Nur ini merupakan terbitan Radius One Sdn. Bhd.

Ahkak jadi tertarik menonton drama Nur ni. Bukan apa, pelakon utamanya memang ahkak minat. Minat sangat dekat Syafiq Kyle tu. Kesian dengan apa yang Syafiq hadapi sekarang. Berlakon drama jadi ustaz lepas tu sana juga keluar kontroversi video lucah dia. Apapun semoga Syafiq Kyle tabah hadapi dugaan ni

Sinopsis Drama NUR

Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin (Jalaluddin Hassan). Adam merupakan anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah. Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Siti Aishah (Noorkhiriah) yang menjadi pengurusnya.
Dengan bantuan Siti Aishah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya. Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.
Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.
Pada saat itu, Ustaz Adam mengetahui bahawa wanita yang selalu memberikan soalan-soalan sukar kepadanya adalah Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur yang ingin mendekatkan diri dengan agama Allah SWT.
Setelah beberapa kali bersemuka, mereka mula jatuh cinta. Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat. Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian dan dugaan ini? Apakah pengakhiran kehidupan Nur bersama Adam?

  • Amyra Rosli sebagai Nur
  • Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam
  • Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
  • Laila Nasir sebagai Mona
  • Noorkhiriah sebagai Aishah
  • Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
  • Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
  • Raja Atiq sebagai Amirul
  • Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
  • Elmy Moin sebagai Marzuki
  • Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
  • Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
  • Jijie Zainal sebagai Jojo

SYAFIQ KYLE DAN AMYRA ROSLI DALAM NUR, sinopsis drama nur, video syafiq kyle, kontroversi syafiq kyle, siapa mira dalam video syafiq kyle,

You Might Also Like

0 komen

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Advertise

Logo Sabahan Blogger
APDM SAPS

SABAHAN BLOGGER(DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU)