Belog Kak Gojes

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

Recent Posts

Responsive Ads Here

28 Mei 2018

RESTORAN DALAM BAS PERTAMA DI RANAU SABAH

RESTORAN DALAM BAS PERTAMA DI RANAU SABAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BW Bus Restaurant || Restoran dalam bas. Pernah dengar? atau pernah korang kunjungi sebelum ini? Terbayang sebijik bas dan didalamnya ada meja-meja macam restoran kemudian menikmati hidangan di dalam sebuah bas.

Kalau tidak silap ahkak, di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang , Melaka ada menyediakan restoran dan chalet dalam bas. Sebanyak 40 buah bas usang yang diubahsuai untuk dijadikan restoran, chalet dan kedai cenderamata.

Itu kisahnya  di Melaka Bandaraya Bersejarah. (info KG dapat dari sini)

Yang ni pula, kisahnya di Ranau Sabah.

Restoran dalam bas yang ahkak ingin kongsikan ini berada di daerah Ranau, Sabah. Lokasi tepat ialah Batu 7, Kg.Pinausok Kundasang, Ranau.

Ahkak yakin restoran dalam bas ini akan menjadi satu tarikan apabila dibuka nanti. Sebabnya sekarang pun sudah mula tular di media sosial. Baru saja pemiliknya iklankan untuk mencari pekerja gambar restoran bas tersebut sudah viral.

Istimewanya restoran dalam bas ini atau BW Bus Restaurant selain boleh menikmati hidangan dalam bas, kita juga boleh menikmati keindahan pemandangan Gunung Kinabalu.

RESTORAN DALAM BAS PERTAMA DI RANAU SABAH, mengenai bw bus restaurant, pemilik restoran bas di kg pinausok, instagram BW Bus Restaurant, page bw bus restauran, restoran dalam bas, restoran, nombor telefon pemilik bw bus restaurant

Pemandangan di luar restoran bas. Cantiknya Gunung Kinabalu tu kan

Yang ini pulak gambar dari dalam bas tersebut. Gunung Kinabalu masih kelihatan kan.

KG menghubungi sendiri pemilik BW Bus Restaurant ini untuk minta izin menyiarkan tentang restoran beliau yang unik di mata KG. Alhamdulillah, respond yang sangat bagus. Malah beliau bukan saja mengizinkan malah telah memberikan gambar asli restorannya yang bakal di buka pada Hari Raya Pertama nanti.(Sekiranya tiada aral katanya)

Soalan KG, dari mana dia dapt idea buka restoran bas ini? 

Jawapannya. Bukan idea dari mana-mana. Tapi beliau rasa sayang pada bas-bas terpakai yang akan dijual ditempat besi buruk.

Pada KG, memang bagus usaha pemilik restoran ini. Ideanya meletakkan dilokasi yang berada ditepi jalanraya  yang mana menjadi laluan utama pengguna jalanraya sudah pasti sesiapapun akan tertarik.

Sebelum ni, bila KG lalu di jalan tu dan nampak beberapa biji bas kaler hijau ni di sana dalam kepala " oooo tempat jual bas hijau baru buka "

Rupanya, ianya adalah sebuah restoran unik. Restoran dalam bas!!

Buat rakan-rakan yang datang berkunjung ke Sabah, nanti bolehlah singgah di restoran unik ini. Kita sama-sama doakan agar urusan pemilik restoran ini berjalan dengan lancar supaya boleh mula beroperasi seperti yang dirancangkan. Sekian dulu. Wassalam

Jangan risau, kemudahan utama seperti tandas juga ada disediakan. Bukan sebilik tapi ada lebih. Jadi tiada isu berebut tandas...heheh

Nama pemilik restoran; John Chin Konsep Restoran: combination of relax, reuse and industrial Kategori Makanan : Halal Menu tarikan : western / health food

untuk makluman : Semua gambar-gambar ini adalah asli dari pemilik restoran bas ini. Dan disiarkan dibelog ini atas keizinan beliau. 

4 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...