3 Mei 2018

PROGRAM BAS SEKOLAH PERCUMA TERBAIK!!


PROGRAM BAS SEKOLAH PERCUMA TERBAIK!!

Bas Sekolah Percuma


Untunglah sekarang sudah ada program Bas Sekolah Percuma.
Ibubapa yang kurang berkemampuan tidak risau lagi dengan penggunaan wang untuk bayar sewa bas setiap bulan.

Dulu, KG pergi sekolah jalan kaki(masa sekolah rendah). Sebab KG tinggal  area perumahan guru dekat sekolah. Maka tiada kos sewa van masa ni.

Bila masuk sekolah menengah, baru mula ikut van sewa bulanan.

Masa tu sewa sebulan RM30. Sekarang sewa pun sudah dinaikkan ke RM45-50. Bagi keluarga yang berkemampuan nilai tersebut mungkin tidak membebankan.

Itu kos ditempat KG. Bagaimana kos sewa di tempat anda?

Sekarang pula, anak-anak KG juga bersekolah dekat dengan tempat kerja KG.
Pergi balik sekolah, KG atau suami yang ambik. Kos minyaknya tetap ada. Cuma tak direkodkan penggunaan minyak. Heheh.

Hurm...Alangkah bagusnya jika di Sabah ada program Bas Sekolah Percuma. Seperti program Bas Sekolah Percuma di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tu.

Bebaru ni KG terbaca beberapa artikel tentang  program Bas Sekolah Percuma yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Percuma.

Menarik bukan.

Syukurlah. Beban keluarga yang kurang berkemampuan dikurangkan.

Sebenarnya program ini sudah bermula sejak awal tahun 2017 lagi. Tapi KG baru sedar dengan kewujudan program ini.

Itupun program Bas Sekolah Percuma ini hanya  di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saja.

Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan peruntukan RM80 untuk seorang murid bagi menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma ini.

Tujuan program seumpama ini adalah untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

Kawasan yang difokuskan adalah 74 kawasan di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Dan..Pelajar yang berdaftar menggunakan perkhidmatan bas ini mestilah berpakaian seragam sekolah semasa menaiki bas sekolah ini.

Inisiatif dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini haruslah dipuji dan dicontohi.
Kerana bukan hanya di area Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur saja adanya golongan berpendapatan rendah ini.

Apapun program Bas Sekolah Percuma ini sangatlah bagus selain dapat membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

Ianya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan sekolah semasa menghantar dan mengambil pelajar-pelajar.

Selain itu juga, keselamatan lebih terjamin berbanding dengan membiarkan anak-anak menggunakan LRT, teksi, grabcar dan sebagainya.

Membaca info tentang Bas Sekolah Percuma ini yang hanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KG berharap satu masa nanti bukan saja di Sabah malah diseluruh negara ini program sebegini diadakan.

bas sekolah percuma, program anjuran DBKL, dewan bandaraya kuala lumpur, wilayah persekutuan kuala lumpur, kelebihan menggunakan bas sekolah percuma, cara memohon bas sekolah percuma, kelayakan memohon bas sekolah percuma, menteri wilayah persekutuan,
kredit : Google

bas sekolah percuma, program anjuran DBKL, dewan bandaraya kuala lumpur, wilayah persekutuan kuala lumpur, kelebihan menggunakan bas sekolah percuma, cara memohon bas sekolah percuma, kelayakan memohon bas sekolah percuma, menteri wilayah persekutuan,
kredit : Google



13 ulasan:

  1. bagusnya ada bas sekolah percuma! Ringan beban ibubapa

    BalasPadam
  2. Bagi kebanyakkan ibu bapa, kos bulanan untuk bas sekolah memang membebankan. Kalau gaji dalam RM2K - Rm3k sebulan pun masih rasa perit, lagi kalau dok KL tu.

    BalasPadam
  3. Baru tahu ada bas sekolah percuma ni. Bagus la

    BalasPadam
  4. dulu2 time kak pip naik bas sekolah, sebulan rm30...
    sekarang ni brapa la tu aaa harga yuran bas sekolah ni?

    BalasPadam
  5. Syoknya anak2 PPR dan rumah pangsa DBKL yg dpt bantuan ni

    BalasPadam
  6. program yg patut diteruskan..yuran bas sekolah skrg mahaiiii

    BalasPadam
  7. Luqman dulu pernah bayar bulanan kat seorang uncle nih untuk pick up g sekolah. bestnya kalau ada bas percuma jgk dulu2

    BalasPadam
  8. Percuma???? Wow.. baguslah, jimat duit ibubapa bayr tambang bas skolah saban bulan :)

    BalasPadam
  9. Sewa bas adik sy sebulan RM60 kak, huhu.. pastu adik2 yg bersekolah total 3 orang, bayangkanlah RM60 x 3 orang sebulan.. syukurlah program tu dah dijalankan di KL, hopefully lepas nie ada kat Sabah pula

    BalasPadam
  10. bagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak.

    BalasPadam
  11. Syukur dapat membantu meringankan beban kos pengangkutan buat parents yg mempunyai keluarga yg besar.

    BalasPadam
  12. lega banyak bila ada bas sekolah percuma ni

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...