AFB FEED

PATAHNYA SEBELAH SAYAP RAMADHAN

7:00 PTG

PATAHNYA SEBELAH SAYAP RAMADHAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PATAHNYA SEBELAH SAYAP || Siapa masih ingat drama ni? Ingat muka jahat Ammar (Izzue Islam) terhadap Alisha (Ummi Nazeera)? Ingat muka Khuzairi(Aeril Zafrel) yang berbulu..eh berjambang..hehehe. Gurau.

Siapa masih ingat...korang geng dengan Kak Gojes yang tak berapa gojes ni.

Ingat pada karipap Alisha?

Hahahah...semua tu KG masih ingat tau. Semua tu dalam drama Patahnya Sebelah Sayap.

Lepqas tu OST Patahnya Sebelah Sayap dulu..Hancur Aku nyanyian Estranged Featuring Fazura.

Sempena Ramadhan seterusnya nak masuk Syawal ni, Drama Patahnya Sebelah Sayap Ramadhan akan disiarkan. Kalau tak silap 29 Mei 2018 ni.

Sama-sama kita tengok Drama Patahnya Sebelah Sayap Ramadhan ni ya.



SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP RAMADHAN


Mengisahkan kehidupan Alisha 10 tahun kemudian apabila mendirikan rumah tangga dengan Kuzairi dan dikurniakan anak perempuan, Tasha (Alyssa Dezek) berusia 9 tahun.

Alisha adalah isteri dan ibu yang penyayang selain hebat dan rendah diri. Suatu hari, ketika menghadiri mesyuarat PIBG Tasha, seorang ibu pelajar di sekolah itu mengenali Tasha dan sejarah silamnya.

Dia kemudian memberi amaran kepada anak perempuannya, Hanna untuk menjauhi Tasha. Berita tersebar luas di kalangan murid. Hanna mempengaruhi kawan lain untuk menjauhi Tasha. Tasha merasa dirinya dibuli, terpinggir dan sering menangis sendirian.

Makcik Salbiah (Normah Damanhuri) melihat kejadian itu dan menghiburkan Tasha yang mereka menjadi kawan. Alisha juga setiap malam memperdengarkan Tasha ayat yang penuh kasih sayang dan untuk menjadi seorang yang baik.


PATAHNYA SEBELAH SAYAP RAMADHAN, sinopsis PATAHNYA SEBELAH SAYAP RAMADHAN, sinopsis patahnya sebelah sayap 2, tonton online drama patahnya sebelah sayap ramadhan, barisan pelakon drama patahnya sebelah sayap ramadhan
Kredit : INFOTAIP

You Might Also Like

1 komen

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Advertise

Logo Sabahan Blogger
APDM SAPS

SABAHAN BLOGGER(DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU)