AFB FEED

KENAPA KITA MESTI PERGI PASAR?

10:00 PG

KENAPA KITA MESTI PERGI PASAR?


JOM PI PASAR


Jom kita pi pasar.

Kalau di Tempat KG ni ada beberapa jenis pasar. Pasar Ikan.Pasar Sayur. Pasar Tani. Pasar Malam.

Kalau pergi ke pasar ikan. Ada satu bangunan khas untuk jual-jual ikan. Selain ikan, boleh beli daging dan makanan basah lain seperti fishball, fishcake, ayam bulat dan banyak lagi.

Pasar sayur. Pun ada sebuah bangunan juga. Setiap hari buka. Ada sayur jual borong dan ada juga yang sudah dipek dengan harga RM2.50 ke atas.

KG suka pergi pasar sayur ni setiap hari Sabtu.

Kenapa?

Sayur-sayur masa ni ada yang baru dipetik. Masih segar. Dan kalau bernasib baik dapat harga dalam RM1-RM2.

Kebanyakan juga ada sayur-sayuran kampung seperti sayur tutan, pucuk paku,sayur tarap, polod(umbut) dan banyak lagi.

Pasar Tani. Setiap hari Rabu. KG bukan dapat pergi Pasar Tani sebabnya masa bekerja. Kalau masa cuti dapatlah ke Pasar Tani.

Pasar Malam. Yang ni jual makanan seperti kuih-muih, mee goreng, sayap panggang, murtabak jawa dan banyak lagi. Biasanya dibuka jam 2 hingga jam 6 petang.

KG dalam sebulan adalah dalam 3 atau 4 kali ke pasar malam.

Cerita pasal Pasar ni, KG baru tahu tentang program Jom Pi Pasar yang dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Program ini telah diadakan sejak awal tahun 2017.

Inisiatif ini sebenarnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini khas untuk warga yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutamanya di kawasan Perumahan Awam seperti Projek Perumahan Rakyat.

Tersangatlah prihatin pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ni kan.

Dengan tujuan utama untuk membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Semasa program Jom Pi Pasar ini, Kupon bernilai RM20 diedarkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Wah... seronok la dapat kupon RM20. Dapat beli ikan atau bahan makanan basah lain. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan sikit beban kan.

Hurm, kalaulah di tempat KG diadakan program Jom Pi Pasar ni alangkah terlebih seronoknya. Pergi pasar dengan kupon RM20 tu, KG dah boleh dapat macam-macam jenis sayur kampung.

Apapun itu sebagai satu harapanlah, manalah tahu suatu hari nanti di Sabah ni khususnya di Daerah Ranau akan dibuat program Jom Pi Pasar seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni.

Usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ni memang patut kita puji kerana ianya memberi impak kepada golongan yang kurang pendapatan yang tinggal di bandar.

Soalan Kenapa Kita Mesti Pergi Pasar belum terjawab kan.

Alah... mestilah kena pergi pasar untuk cari bekalan sayur yang masih segar berbanding di market-market tu. Lagipun di pasar ni banyak pilihan sayur. Ikan pun masih fresh kalau di pasar.

Jadi..Jom la kita Pi Pasar.

Huhu..panjang KG membebel. Sekian dulu cerita Pasar dari KG


KENAPA KITA MESTI PERGI PASAR?, hebatkan negaraku, #hebatkannegaraku, jom pi pasar, program jom pi pasar, DBKL, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kupon rm20
kredit : google

You Might Also Like

10 komen

  1. tempat akak lak sayur di market lebih segar dan murah berbanding di pasar... apa pun kita ada hak pilih yg terbaik kak KG

    BalasPadam
  2. Saya auka beli ikan di pasar pagi, sayur di mydin sbb murah

    BalasPadam
  3. Syok la jadi pengunjung bertuah tu dapat kupon Rm20, dapat la beli sayur ;)

    BalasPadam
  4. Dapat kupon pergi pasar syok tu boleh buat tambah-tambah beli sayur

    BalasPadam
  5. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    BalasPadam
  6. Mengurangkan kos sara hidup seharian walau hanya RM20 shj

    BalasPadam
  7. kupon RM20 ni pun dah bersyukur sangat kan..tak tau pun pasal program ni..thanks for the awareness

    BalasPadam
  8. Betul tu kak.. sekurang-kurangnya dapat juga jimat sikit kan hehe

    BalasPadam
  9. Program bagus walau kupon tu kecil ttp membantu mereka yg memerlukannya

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Advertise

Logo Sabahan Blogger
APDM SAPS

SABAHAN BLOGGER(DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU)