BAHAM NAMA BARU MENGGANTIKAN BR1M
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
BAHAM NAMA BARU MENGGANTIKAN BR1M || TULAR kononnya BR1M atau nama penuhnya Bantuan Rakyat 1Malaysia ditukarkan kepada singkatan baru BAHAM atau penuhnya Bantuan Harapan 1Malaysia.
Minggu lalu, KG memang ada nampak beberapa post di group whatsapp tentang kenyataan Menteri Kewangaan Malaysia Lim Guan Eng di twitter rasanya (discreenshot) .
KG ni jenis yang tidak terus-terus percaya dengan info tersebut. Masalahnya orang lain bukan macam kita yang perlu selidik dulu kesahihannya.
Ternyata memang PALSU kenyataan dari twitter tersebut yang sudah tular dari group ke group whatsapp.
sumber : ASTROAWANI
Hairan dengan 'manusia' sekarang, semua benda pun mahu di palsukan. Malah info yang palsu itulah yang laju sangat TULAR di media sosial.
BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, adakah bayaran BR1M fasa 2 akan dibayar? Bila agaknya bayaran BR1M dibayar?
BERITA BAIK kepada penerima-penerima BR1M sebelum ini, BR1M akan dibayar sebelum menjelang Aidilftri ini. (Info DISINI)
Walaubagaimanapun, nama BR1M akan ditukar ke nama lain dalam kenyataan Menteri Kewangan tersebut. (tapi bukan la seperti yang tular sebelum ini rasanya)
Apapun kita kena tunggu pengumuman seterusnya dan jangan mudah percaya pada info-info yang tular tapi belum tentu kesahihannya. Jadilah rakyat yang bijak!!
Sekian dan wassalam.
tadi ada check yang makcik sorang ni, tarikh kredit 4/6
BalasPadamsuka betul buat viral palsu sekarang ni kan...hurm.
BalasPadambusyra ada baca juga di twitter.. mcm2 zaman skrng ni. palsu memanjang. huhu
BalasPadamCatat Ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...