Belog Kak Gojes

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

Recent Posts

Responsive Ads Here

03 April 2018

BULAN RAMADHAN DATANG LAGI

BULAN RAMADHAN DATANG LAGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BULAN RAMADHAN DATANG LAGI|| Belum lagi sebenarnya. Kita masih dibulan Rejab, habis bulan Rejab barulah Ramadhan. Nampaknya sudah hampir ke bulan Ramadhan kita ya. Mesti ada yang bersemangat bila tiba musim Ramadhan, semangat untuk berniaga, semangat untuk berpuasa, semangat untuk mencuba pelbagai resepi, semangat untuk kuruskan badan juga pasti ada (macam ahkak ler tu). Okeylah, entri ini ahkak mahu kongsikan cerita untuk ganti puasa. Hehehe..siapa yang ada hutang puasa tu, jomlah kita ganti puasa. Ganti puasa hukumnya WAJIB.

HUKUM GANTI PUASA RAMADHAN

Hukum menggantikan puasa Ramadhan adalah wajib. Tidak kiralah bagi yang membatalkan puasanya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)


Macamana kalau puasa yang tertinggal tu sudah lama? Maksudnya, masa kau dizaman muda remaja dulu-dulu la ada tinggalkan puasa tapi belum diganti lagi.Sekiranya kita tidak berkesempatan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan seterusnya, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskinPuasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diganti, dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari puasa ganti. (SUMBER :DISINI)

Siapa masih ada hutang puasa tu, jom kita ganti puasa sebelum tiba bulan Ramadhan. Ahkak dah mula, korang bila lagi? (heheheh..tau-tau korang dah lama ganti puasa kan)

LAFAZ NIAT GANTI PUASA 

Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut:
niat ganti puasa, sudahkah anda menggantikan puasa tertinggal, niat puasa ganti, lafaz niat ganti puasa, lafaz niat qada puasa,
sumber : Google

2 ulasan:

  1. Aminnn... semoga Allah sampaikan kita pada Ramadhan barakah...

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html
    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...