AFB FEED

AWAS!!PENYALAHGUNAAN SALINAN KAD PENGENALAN

3:05 PTG

AWAS!!PENYALAHGUNAAN SALINAN KAD PENGENALAN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

AWAS!!PENYALAHGUNAAN SALINAN KAD PENGENALAN || Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kita bersama. Jangan ingat salinan kad pengenalan kita tiada nilainya. Jika anda berfikiran sedemikianrupa, anda silap! Ya... ahkak juga sebenarnya tidak tahu bahawa dengan hanya salinan kad pengenalan kita saja orang lain boleh menggunakan salian tersebut untuk tujuan yang bukan-bukan. Kita tidak tahu apa-apa, tapi orang yang tidak bertanggungjawab tersebut sewenang-wenangnya menggunakan untuk tujuan memohon itu ini.

Masihkah korang ingat bila dan dimana korang pernah memberikan salinan kad pengenalan korang? Haaa...baru mau diingat-ingat kan. Tapi tak dapat ingat. 

Meh ahkak ceritakan pengalaman ahkak sendiri tentang penyalahgunaan salinan kad pengenalan ini.  Ahkak sebenarnya berniat untuk memohon untuk melanggan YES. Alkisahnya pada 6 April 2018 (Jumaat) ahkak ke Kota Kinabalu atas urusan rasmi(utk diri sendiri jer) bersama adik dan isterinya. Kebetulan dorang ke celcom centre maka ahkak pun memasukkan diri ke tempat tersebut. Oh ya, sebelum ahkak ada ke maxis centre konon tengok-tengok promosi maxis ni. Lepas tu tanya itu ini macamana nak langgan postpaid.

Kata staff maxis tu, " bagi IC akak, saya mau cek dulu kalau ada blacklist". 

Ahkak pun keluarkan kad pengenalan ahkak sambil bergurau" eh..mana ada blacklist ni. Suci murni punya rekod ba". 

Tidak lama kemudian, staff tu kembalikan kad pengenalan ahkak. "Nampaknya ahkak ada blacklist dengan celcom. dua akaun lagi tu. "katanya. 

" Ha? dua akaun blacklist? Saya mana pernah melanggan celcom postpaid selama ni. Boleh kesan dimana rekod tersebut?". 

"Macam ni la kak, akak kena ke celcom centre untuk tanya sendiri di sana. Terima kasih ya kak"

Ahkak pun keluar dari Kedai Maxis Centre dengan penuh persoalan sambil menuju ke Celcom Centre. Masuk saja ke Kedai Celcom Centre aku tanya la kalau boleh cek rekod blacklist. Ada seorang staff tu tolong call sendiri di Celcom Centre. Tunggu punya tunggu...huhu, bukan dua tapi ada tiga akaun ahkak bersama celcom yang sudah blacklist. 

"Bikin takajut (terkejut) kau punya rekod ni, mau 5K ooo." kata tu staff kedai celcom.

"Uiiina..banyak juga. Mana sa(saya) pernah langgan postpaid sama celcom atau mana-mana telco. Macamana dorang bulih (boleh) buat begini ni?"

"Biasa dari salinan ic kita bai tu. Cuba ko ingat-ingat balik, ko pernahkah register mana-mana telco di pusat-pusat membeli-belah?" bilang tu staff celcom.

"Pernah pun..yang duuuuuuulu(lama sudah maksud dia). Itu pun untuk prepaid saja. Apapun terima kasih aaa."

Nampak? nampak situasi dia disitu? Korang kalau berurusan dengan mana-mana pihak yang perlukan salinan kad pengenalan, korang kena berhati-hati. Contohnya macam yang ahkak sudah alami, kononnya tertarik dengan promosi dengan mana-mana telco di pusat membeli-belah. Staff dorang tu semua lepasan sekolah dan masih muda belia. Seingat ahkak la, masa pernah berurusan yang berkaitan dengan salinan kad pengenalan ni memang berurusan dengan orang-orang muda. Cantik-cantik, hensem-hensem..putih-putih melati. Bahasanya pun bagus sangat. Tapi kita jangan terpedaya dengan semua tu, kena buat persediaan juga. Jangan macam ahkak, tengok sekarang sudah diblacklistkan.(Tindakan ahkak selanjutnya nanti ahkak ceritakan dientri akan datang)



AWAS!!PENYALAHGUNAAN SALINAN KAD PENGENALAN, cara disalahguna salinan kad pengenalan,
Mulai dari sekarang, ahkak sudah mula buat macam dalam gambar. Seperti yang diajar dalam facebook (klik sumber dibawah


SUMBER : FACEBOOK

Oleh itu, korang diluar sana kenalah berhati-hati bila berurusan yang melibatkan salinan kad pengenalan korang. Jika berurusan dibank, nyatakan pada bucu salinan kad pengenalan korang untuk urusan apa, sekiranya untuk urusan pinjaman dibank, maka nyatakan yang sedemikian. Jangan biarkan salinan kad pengenalan korang 'terdedah'. Awas!!!

Sekian dulu dari ahkak.

You Might Also Like

1 komen

  1. bahaya pula tue kak..
    seram pula sy.. sy pun byak juga berurusan guna salinan IC nie

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Advertise

Logo Sabahan Blogger
APDM SAPS

SABAHAN BLOGGER(DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU)