Belog Kak Gojes

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

Recent Posts

Responsive Ads Here

23 Mac 2018

APA ITU SENAMAN TABATA

APA ITU SENAMAN TABATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


APA ITU SENAMAN TABATA || Korang pernah dengar senaman TABATA? Mesti ada yang pernah dengar sekali imbas saja tapi tidak kisah dengan maksudnyakan? Atau ada yang pernah tahu dan amalkan senaman TABATA ni sehingga kini? Semenjak ahkak join program Pengurusan Berat Badan anjuran KOSPEN ni, senaman TABATA ni lah yang menjadi sahabat akrab ahkak. Dalam seminggu lima hari tu penuh dengan senaman TABATA. Ok lah, meh kita baca apa sebenarnya TABATA tu.

Apa Itu Senaman TABATA?


Tabata adalah satu senaman yang memberikan manfaat kesihatan sama seperti senaman kardio(contoh senaman kardio seperti jogging, berlari atau mendaki bukit.). Apa yang menariknya dengan TABATA ialah senaman ini mengambil masa 4 minit!! Dan yang saangat menarik lagi, senaman TABATA membakar lebih banyak kalori SELEPAS selesai melakukanya. Dalam satu sesi terdapat 8 jenis latihan yang perlu dilakukan. Jom baca siapa pelopor senaman TABATA ini.

TABATA dipelopori oleh seorang saintis Jepun bernama Izumi Tabata (Izumi Naruto yer) dan sekumpulan penyelidik. Mereka membuat kajian ke atas 2 kumpulan atlit yang mana satu kumpulan melakukan senaman kardio berintensiti sederhana (70% intensity) 5 hari seminggu selama 6 minggu dengan setiap sesi senaman berlangsung selama sejam.
Satu lagi kumpulan melakukan senaman berintensiti tinggi 4 hari seminggu selama 6 minggu juga dengan setiap sesi hanya 4 minit.

Keputusan dari pemerhatian tersebut mendapati senaman singkat berintensiti tinggi menunjukkan peningkatan yang nyata lebih baik bagi kapasiti aeorobik dan anaerobik badan atlit sekaligus meningkatkan metabolisme dan kecergasan menyeluruh.
Macam-macam senaman yang boleh digunapakai dalam TABATA ini. Sebagai contoh burpee, tekan-tubi, sit-up dan lain-lain. Tapi prinsip asas yang perlu diikut adalah seperti berikut:
  • ·         Masa untuk keseluruhan sesi haruslah 4 minit.
  • ·         20 saat senaman berintensiti tinggi.
  • ·         10 saat rehat
  • ·         Jumlah sesi/pusingan adalah 8 (boleh tukar-tukar jenis latihan atau ulang)
kospen,apa itu senaman tabata, apa itu tabata, tabata, kelebihan senaman tabata, siapa pelopor senaman tabata, contoh senaman tabata, tabata challenge, jom sihat, jom kurus, eat clean,
kredit : mr.google


Selama 2 bulan mengamalkan senaman TABATA ini, ahkak sudah berjaya turunkan 5kg. Aummm...hahaha...semua gambar ada di IG @ahkakgojes (pepandailah scroll). 

Baiklah, pesanan ahkak sebagai pengamal senaman TABATA ini...marilah buat senaman TABATA kerana ianya tidak memerlukan tempat yang luas seperti padang kompleks, bukit dan sebagainya. Hanya perlu diri anda sendiri bersama sebiji handphone untuk set masa. Atau korang boleh install mana-mana aplikasi yang ada di google player. Ada banyak di situ. Selain itu, perlu juga tikar getah khas untuk yoga tu. Ala...harga dalam RM8-12 saja. Dalam bilik pun sebenarnya boleh buat senaman TABATA ni, tapi kalau rumah kayu memanglah ada bunyian sikit. Hehehehe..apalagi, jom mulakan sekarang. 

Sekian dulu.

kospen,apa itu senaman tabata, apa itu tabata, tabata, kelebihan senaman tabata, siapa pelopor senaman tabata, contoh senaman tabata, tabata challenge, jom sihat, jom kurus, eat clean,
kredit : mr.google

4 ulasan:

  1. dah lama tak dengar pasal senaman tabata...hampir lupa pulak anway good sharing ni

    singgah dari umifuzy.com

    BalasPadam
  2. dah lama x exercise.. baca ni terus teringat nak exercise

    BalasPadam
  3. ooooo mcm ni pula senaman tabata ... simple dan hanya 4 minit diperlukan ...
    ok lepas kak pip bersalin, nak try tabata pula...

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...