RESEPI LEMPENG OAT PISANG UNTUK DIET - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

08 Februari 2018

RESEPI LEMPENG OAT PISANG UNTUK DIET

RESEPI LEMPENG OAT PISANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

RESEPI LEMPENG OAT PISANG UNTUK DIET  || Alkisahnya ahkak ni dalam program Pengurusan Berat Badan (PBB) anjuran KOSPEN Daerah Ranau. Sebenarnya sudah masuk tahun kedua menyertai program ini tetapi tahun lalu diet ke laut merah. Hancusss sehancus-hancussssnya. Sedih mengenangkan tahun lalu...tsk..tsk..tsk. Okey la, ahkak gigih mencari menu-menu yang 'bersih' dan terjumpa Lempeng Oat Pisang ni di instagram @throwthekilos . Maka pagi tadi ahkak try membuat dan tadaaa....hasilnya seperti dalam gambar di bawah. 


Berikut adalah resepi Lempeng Oat Pisang.


Bahan-bahan

Oat
2 biji pisang emas
sebiji telur
sedikit air

Caranya, satukan semua bahan dalam blender. kemudian blend sehingga sebati dan masak la di pan korang.

Rasa gian mahu makan kuih memang membuak-buak selepas bulan terang ni. Maka dengan terjumpanya menu ini, bolehlah melepas gian makan kuih berasaskan Oat. Langsung tiada tepung  dan gula ya kawan-kawan. Rasanya pula memang sedap. Rasa manis pisang. Ahkak makan 3 keping pagi dan 3 keping lagi makan jam 10 pagi tadi.

Kalau korang nak cuba, dipersilakan la mencuba. Pasti tak rasa rugi mencuba.

Sekian dulu.
RESEPI LEMPENG OAT PISANG UNTUK DIET , resepi oat, oat untuk breakfast, kebaikan oat, jom kururs, jom fit, kospen, pengurusan berat badan, jom sihat

4 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...