AFB FEED

GIVEAWAY AZAM BARU 2018 BY ELIHJAPAHAR.COM

11:25 PTG

GIVEAWAY AZAM BARU 2018 BY ELIHJAPAHAR.COM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

GIVEAWAY AZAM BARU 2018 BY ELIHJAPAHAR
COM || Tetiba ahkak rajin join giveaway ni sebab boleh kongsikan azam tahun baru. Ya,  memang tiap tahun semua orang akan ada azam tahun baru. Bila tahun ni tidak tercapai azam dibawa ke tahun depan. Asyik-asyik bawa ke rahun depan saja. Hehehe. Salahsatunya,  ahkak sendiri la. Malar azam tak tercapai-capai.Azam apa yang tak pernah tercapai tu? Haaa... Azam hendak kurus,  azam nak turunkan berat badan. Saban tahun azam yang sama. Dan menjelang tahun 2018 azam ahkak masih sama. Tapi ada sedikit motivasi untuk mencapai azam tersebut.

Tahun ini azam nak turunkan berat badan mang berkobar-kobar sebabnya ahkak join program Pengurusan Berat Badan anjuran KOSPEN. Sebenarnya tahun lalu pun join juga tapi hancussss...berat badan tak turun tapi naik. Sudahnya azam dibawa ke tahun 2018. Kali ini ahkak turut serta ceramah pemakanan beserta diberi motivasi. Dengan ahli kumpulan yang sedikit tapi masih layak turut serta program ini,  lebih mudah untuk bekerjasama antara kami sesama ahli. Pihak KOSPEN mengumumkan ganjaran kepada individu dan kumpulan yang berjaya menurunkan berat badan beserta kerjasama dalam kumpulan.

Program ini sudah berlangsung selama hampir 2 bulan lebih bermula bulan Disember 2017 sehingga Jun 2018. So far,  bulan pertama kumpulan ahkak memang berada dikedudukan paling bawah. Tapi dengan keazaman yang kuat,  ketua yang berkaliber...wahahah berkaliber lagi tu. Pada bulan kedua ahkak dan kawan-kawan berusaha sungguh-sungguh untuk menurunkan berat badan dengan melakukan senaman tabata. Hasilnya pada bulan kedua,  keputusan memang membanggakan yang mana kumpulan ahkak berada di tempat pertama. 

Apa yang ahkak ceritakan di sini adalah azam diri sendiri bersama kumpulan ahkak yang ingin dapatkan berat badan yang ideal. Nampak memang banyak aktiviti yang ahkak sertai seperti ke gym,  hiking,  zumba dan tabata. Paling membanggakan semua ahli saling memberi sokongan. Dan setiap bulan ahkak dan rakan-rakan memang ada target untuk dicapai seperti berapa kilo hendak diturunkan pada bulan seterusnya. Walaupun tidak mencapai target tapi sekurang-kurangnnya ada penurunan. Rasa gembira bila nampak hasil dari usaha ahkak. Jadi,  rasanya azam tahun 2018 ini akan tercapai jika disiplin kiat dan  ada motivasi diri. 

Berat ahkak sudah mencecah 82kg,  dan kini sudah turun ke 79kg. Kau rasa apa bila ada hasilnya? Happy sangat+sangat sehingga rasa bersemangat untuk menurunkan lagi berat pada bulan seterusnya. Usaha yang ahkak buat ini bukanlah semata-mata mahu kurus tetapi demi kesihatan. Belajar mengamalkan pemakanan sihat dan hidup secara aktif. Jadi,  korang doakanlah semoga ahkak berjaya mencapai azam 2018 ini dengan jayanya. Sekian dulu.



Giveaway azam tahun baru 2018 by elihjapahar.com, kospen, misi kurus, jom sihat,  tips diet, jom kurus

You Might Also Like

3 komen

  1. gud luck untuk azam tahun ini
    jemput baca sha punya azam juga hee
    http://www.opzzpinky.my/2018/01/giveaway-azam-baru-2018-by.html

    BalasPadam
  2. singgah sini dari giveaway yang sama. semoga dipermudahkan segala urusan untuk mencapai azam tahun ni ye :D jemput singgah blog azah pula. hehe :) http://www.azahrahaman.com/2018/01/giveaway-azam-baru-2018-by.html

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Advertise

Logo Sabahan Blogger
APDM SAPS

SABAHAN BLOGGER(DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU)