VIRAL - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

01 Disember 2017

VIRAL

VIRAL


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

VIRAL|| Apa itu viral?Pengertian viral adalah aktiviti di dunia maya yang menggambarkan penyebaran sebuah informasi melalui media online yang tersebar dengan cepat sehingga membuatnya menjadi popular dan menjadi perbincangan khalayak umum. Penyebaran seperti, foto, video, berita dan lain sebagainya. (ini ahkak petik dari SINI)

Bagi pendapat ahkak pula, perkataan viral ini sebenarnya (mungkin) dari perkataan virus dan tular = VIRAL. Kenapa KG punya pendapat macam tu? Kerana setiap kali ada info,foto atau apa saja yang diviralkan, ianya sepertti satu virus yang merebak dengan begitu cepat sekali tanpa ada 'ubatnya'. Apabila sudah viral, maka menjadi popular la seseorang, foto, lagu, kisah dan sebagainya. 

Apa yang terjadi sekarang, sikit-sikit perkara ada saja yang hendak diviralkan. Contohlah, gadis cantik jual nasi ayam bakar, 15 selfie terakhir sebelum maut menjemput, lagu Tak Tun Tuang, Kisah Jaan Punching Bag dan Beautiful Me by Andrea Kiss dan baaaanyak lagi. Ada kebaikan bila sesuatu itu viral dan ada juga keburukannya. Kebaikannya, yang diviralkan itu menjadi popular. Jika makanan yang diviralkan maka, makanan tersebut akan menjadi popular dan laris. Jika sesebuah restoran diviralkan maka ramailah yang akan berkunjung di restoran tersebut.

Selain itu juga, setiap kali ada maklumat, kisah, produk, foto, atau apa saja yang diviralkan maka muncullah segala pakar-pakar, pakar kanak-kanak, pakar penulisan, pakar kaunseling, pakar jalan cerita, pakar bahasa, pakar negeri dan baaanyak lagi pakar yang akan muncul untuk membahaskan benda yang sudah popular sebab diviralkan. 

Akan muncul juga, manusia-manusia bijak pandai yang mengkritik tanpa mengkaji, membaca, menyelidiki kisah disebalik benda yang diviralkan itu. Sehingga ada yang kaitkan hal kenegerian la dan pelbagai lagi benda dikaitkan. Setiap inci dikorek kelemahannya. Kebaikannya ditengelamkan dengan hasil kelemahan yang dikorek. 

Gembira dan bahagia dengan hasil galian mereka. Mereka ingat merekalah si bijak pandai!! Mereka rasa merekalah yang paling hebat bilang segala 'cakap lepas' mereka disokong oleh semua penduduk negara ini. Tahniah! Yang si novelis juga tidak kurang dengan kritikannya "olahan cerita hancusss....bahasa jahanam...impian hendak jadi penulis tetapi ditolak penerbit..bla..bla..bla.." Bukankah satu sikap "BERLAGAK" dengan ungkapan si novelis itu? Maaflah, aku yang dulu peminat si novelis itu dan sudah membeli beberapa novelnya menjadi 'menyampah' dengan caranya mengkritik! Dia rasa dia sudah menjadi penulis yang terhebat!!!

Okeylah, cukup setakat ini.  

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lar] | تولر

Definisi : ; menular 1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik). menulari berjangkit pd; menjangkiti: Penyakit taun yg ~ penduduk-penduduk di situ belum dpt dihapuskan lagi. menularkan menjadikan menular; menyebabkan berjangkit; menjangkitkan. ketularan kena penyakit menular. penularan perihal menular, menulari atau menu­larkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
tular
Kata Terbitan : menularmenularimenularkanpenularan,



Kamus Bahasa Melayu


[vi.rus] | ۏيروس

Definisi : kehidupan seni yg menyebabkan penyakit dan menularkannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Sumber : Kamus Bahasa





viral, koleksi viral, motif viral, viral di malaysia, definisi viral, apa itu viral, maksud viral, andrea kiss, beautiful me by andrea kiss, jaan punching bag by andrea kiss,gadis cantik jual nasi ayam bakar, 15 selfie terakhir sebelum maut menjemput, lagu Tak Tun Tuang, Kisah Jaan Punching Bag dan Beautiful Me by Andrea Kiss
sumber : Google

4 ulasan:

  1. Ingatkan apa yang viral kak gojes. Hahaha... Rupanya bercerita mengenai "viral". Tp betul juga tu apa yg kak gojes cakap.

    BalasPadam
  2. Viral...baik besar nikmatnya...kurang baik berat balasannya..nampak santai..viral...tapi kakau dihalusi impaknya besar...

    BalasPadam
  3. Viral ada baik ada buruk. Apa pun kena hati-hati

    BalasPadam
  4. Paling x suka yg sengaja buat2 perkara yg x tentu, konon2 lawaklah lah tu kunu dgn harapan org kasi viral. Huh!

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...