AFB FEED

MENANG RM15K DARI NESTLE!!!

2:29 PTG

MENANG RM15K DARI NESTLE!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MENANG RM15K DARI NESTLE!!! || RM15K ??? Banyak tu, siapa yang tidak suka dengan duit kan. Dengan kos hidup sekarang yang semakin meningkat, gila la kalau wang RM15K tu kau tolak. Ini lagi dengan keperluan hujung tahun ni, mau belanja untuk keperluan sekolah anak-anak selain keperluan lain juga. Wang sejumlah begitu memanglah sangat membantu!. Tetapi itu kisahnya kalau BETUL kau menang 15K. Ada kisah sebenarnya ni, ini bukan kes kena prank macam stesen radio swasta tu buat dengan abang tu ya. Meh ahkak ceritakan.

MENANG RM15K DARI NESTLE!!!, nestle fake, laman web nestle pake, peraduan nestle fake,menangnestle fake,penipu menangnestle,jangan tertipu scammer nestle, nestle malaysia, laman web rasmi nestle
ni mesej dari whatsapp KG sendiri tau.

Kisahnya, petang Ahad (17 Disember 2017) baru-baru ini ahkak ada terima mesej berbunyi " You winner!! Simcard anda +6016584xxxx berjaya menang hadiah RM15,000.00 from Peraduan 'NESTLE' No.Ref:(081042) Chat whatsapp +601112659187 cara terima hadiah sila layari : www.menangnestle.webs.com" 
Siap ada gambar Nestle Official Store dan gambar profile dia pun NESTLE konon. KG tiadalah rasa teruja terima mesej kemenangan itu, tapi berniat jahat sebenarnya. Miahaha...malangnya line masa tu tidak mengizinkan untuk permainkan si nestle tu. Sebenarnya sebelum ni pernah buka website nestle, tak pernah nampak 'NESTLE OFFICIAL STORE" tu. Dalam masa yang sama juga ahkak buka url yang kena bagi dekat whatsapp tu. Memang ada beberapa nombor yang menang RM15k, RM10K selebihnya ahkak tak ingat. 
Masa tu lupa nak ambik screenshoot website tersebut. KG cuma sempat screenshoot "pengumuman daripada nestle Malaysia".


Selepas KG reply tidak join apa-apa kontest, si nestle fake tu menjawab juga mesej ahkak. Ayat pun semacam saja.

PENGUMUMAN DARIPADA NESTLÉ MALAYSIA

Kami sedia maklum bahawa satu mesej kini menular melalui SMS atau WhatsApp yang mendakwa bahawa penerima telah memenangi hadiah wang tunai daripada Nestlé. Mesej-mesej ini disertakan nombor bersiri untuk pengesahan.
Mesej-mesej ini merupakan satu penipuan dan bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
Di bawah adalah beberapa contoh pesanan teks yang diterima:
  • Tahniah No. 60163056836, telah menangi hadiah dari Nestle(M) Berhad RM 20,000 dengan serial No.9R789YK untuk maklumat lanjut Dail: 60109516477 T& S .
  • Tahniah - Anda telah memenangi hadiah dari Nestle ( m) Berhad Rm20000 dengan serial -299R789 untuk maklumat lanjut 0102018577
  • Tahniah - Simcard anda terpilih memang wang RM8,000 dari “Nestle Milo” NO SERI [588499] Untuk maklumat lebih sila layari laman web www.peraduan-nestle.simdif.com
Pihak Nestlé telah melaporkan penipuan ini kepada polis.
Jika ada mempunyai pertanyaan selanjutnya, sila hubungi Pusat Khidmat Pengguna Nestlé kami di 1-800-88-3433.
Sila kongsi pautan ini dengan kawan-kawan anda:


Kemudian bila KG jawab bali, laman web Nestle ada satu saja siap hantar dia screenshoot mengenai mesej tersebut dan ucap terima kasih dengan cubaan si nestle untuk menipu. 3 jam selepas mesej ahkak tu, memang tiada balasan sudah dari si nestle ni dan bila ahkak cuba buka balik laman web yang dia bagi tu dah jadi macam dibawah ni:


Tapi masih boleh dihubungi lagi melalui borang yang dorang bagi. Itu kalau kita klik  "click here to contact us". Akan keluarlah satu borang seperti dibawah. Tapi rasanya, bagi yang suka selidik dulu macam KG ni, benda-benda begini memang ketara scam sebenarnya, Jadi janganlah dilayan lagi. Kerana keterujaan anda yang konon menang duit RM20K ka..RM15K ka..korang tidak berfikir dan tanya diri sendiri "eh, bila masa aku join kontest? kontest bila punya ni..atau soal la banyak-banyak dikepala anda tu"

Oh ya, dalam web nestle fake tu juga dia bagitau cara-cara  tuntut hadiah RM15K tu. Paling KG ingat, "mesti kena berdiri depan mesin ATM bersama kad ATM katanya dan tunggu panggilan dari pihak nestle fake"
Di sini, memang jelaslah scam kan, kalau benar kau menang duit 15K tu kalau sudah tinggal transfer kenapa tidak minta nombor akaun saja? Ataupun kalau cek..kirimkan saja la cek atas nama pemenang. Ini berdiri depan mesin ATM bersama kad ATM, musim-musim hujung tahun ni kau rasa ko macam orang bijak pandai ka ?Kena cop orang sewel ada la.


Hahaha..yang ni ahkak minta tolong dia claim saja wang RM15K tu. Tapi tak sampai hati pula guna ayat jahat..


Kesimpulannya di sini, kita dizaman yang semakin 'pintar' ini semuanya kena pintar. Bukan setakat gajet saja yang pinta, penyangak yang pintar tapi diri sendiri kena pintar dari semua aspek. Bukan asal nampak jumlah wang besar, mata kau membulat dan hilang segala kepintaran diri. Duit takkan datang bergolek atau melayang dengan begitu mudah. Jangan kata dalam seumur hiudp kau, inilah saat kau bertuah. Konon.

Tahun lalu seorang rakan KG, dapat sms menang duit dan dia bertanya KG betul atau tidak. Uiii  RM%)K dia menang kononnya. Bila KG tanya "kau ada join apa-apa kontest ka? atau yang menawarkan hadiah besar macam tu? sebab sekarang ni banyak kes penipuan. Ko try google la, berapa banyak kes macam ni. Kalau saya la, maaaaana saya mau percaya tu.."Kawan jawap " Tiada, tapi mana tau bertuah kan. Ini cabutan bertuah dia bilang kan". Ahkak ni jenis kalau sudah orang tu minta pendapat dan ahkak bagi pendapat. Kalau dia ikut, terpulang dan tidak ikut pun bukan ahkak yang rugi, kan.

Kemudiannya, petang tu juga dia call sepupu dia minta hantar ke bank untuk cek mesin ATM seperti yang diarahkan selepas membuat panggilan. Keesokannya, dia sendiri bagitau "menipu pulak tu. Buang minyak buang masa ikut arahan pigi di bank" Ahkak jawab dengan senyuman saja. Tapi dalam hati " Padan muka! Aku sudah bagitau kelmarin tidak peduli."

Nasib baiklah ahkak ni seorang blogger part time, serba sedikit hal-hal scammer sebegini ahkak dapat tahu melalui kisah-kisah diblog dan forum-forum. Tidak jugalah terlalu buta IT orang bilang kalau di Sabah ini.Hahaha. Oklah. Sekian dulu. Berhati-hati buat semua ya.




You Might Also Like

3 komen

  1. Ramai juga yang masih tertipu.. Kalau baca SMS tu pun dah bunyi pelik.. Sha selalu juga dapat sms kemenangan ini.. Bukan sikit2 duit.. Tapi sebab selalu baca sharing rakan-rakan blogger, alhamdulillah sentiasa beringat..

    BalasPadam
  2. sha ada dapat jugak tapi dari coco cola

    BalasPadam
  3. sape xteruja tetiba menang duit riban2 ni KG tanpa buat apa2...tp logik la sikit kan..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...

Advertise

Logo Sabahan Blogger
APDM SAPS

SABAHAN BLOGGER(DI BAWAH BAYU KAMI BERSATU)